Ehwal Kita Semasa
« June 2005 »
S M T W T F S
1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
BENCANA PAKISTAN
Berita panssssssss!!! PLK
Blackmail Campaign
Buying Used Car
DILEMA MELAYU MENARA GADI
HOSPITAL ISLAM
How important is language
KEBIMBANGAN KRISTIAN
Laporan Harian MKA1
Nikmat Ukhwah
PIRAMID YANG KUKUH ATAU K
TEGAKKANLAH RUMAH TANGGA
Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
Wednesday, 29 June 2005
Ukhwah
Topic: Nikmat Ukhwah
From: den n
Date: Wed Jun 22, 2005 3:15 pm

Assalamualaikum,

Kepada sahabat-sahabat yang dikasihi,

Semoga Allah terus melimpahkan nikmat ukhuwwah kepada kita,

Semoga Allah menjauhkan kita dari virus-virus yang merosakkan salah satu dari kekuatan Islam,

Jauhi perselisihan, tingkatkan ukhuwwah, kerana Allah, untuk Islam.

Berikut beberapa petikan dari buku Virus- virus Ukhuwwah, oleh Abu ‘Ashim Hisyam Bin Abdul Qadir ‘Uqdah, untuk sama-sama kita hayati.

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah prasangka kerana prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang dari kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha Penerima Taubat dan maha Penyayang. (Al Hujurat, 12)

Seseorang diantara kamu tidak beriman (dengan sempurna) kecuali setelah mencitai saudaranya seperti mencintai dirinya. (Hadis riwayat Bukhari)

Jika kulihat perubahan pada diri sahabat karibku
Bumi yang terbentang luas seakan menghimpit diriku
Jika aku menghampirinya untuk membereskannya
Matanya memancarkan kemarahan padaku
Padahal hatiku tidak marah

Jika seseorang mencintaiku, maka akan kubalas
Dengan ketulusan cinta sepanjang masa
Namun ketika ia mulai menjauhi
Sementara cintaku terus bersemi

Kupanjatkan doa pada Ilahi
Agar memberi petunjuk yang menerangi

Kurasa engkau selalu menjauhi dariku,
Maka aku pun menjauh seperti yang kau mahu
jauh darimu sungguh menyakitkanku
Namun kedekatanku menyakitimu

Apa yang harus kulakukan wahai sahabat...

Antara Virus-Virus Ukhuwwah

Tamak akan kenikmatan dunia
Lalai menjalankan ibadah dan melanggar tuntutan agama
Tidak santun dalam berbicara
Sikap Acuh
Mengadakan pembicaraan rahsia
Keras kepala, enggan menerima nasihat dan saranan
Sering membantah, berbeza sikap dan hobi, bersikap sombong dan kasar
Memberi teguran di depan orang lain
Sering menegur, tidak toleran, berfikiran negatif dan enggan memaafkan
Mudah percaya terhadap hasutan orang yang mengadu domba dan memendam dengki.
Wallahua'lam.

Posted by tarbawi at 10:02 AM JST

View Latest Entries