Home

  Inilah Islãm | AlQayyim | WahaiDiri | Surat Pembaca | E-mail | Arkib

Balai Berita Islami
Sembang Pak Iman
09 Dzul Hijjah 1422                                   Media Berita Merdeka
 

MOHON MAAF

Assalamu'alykum dan selamat bertemu kembali Pak Iman ucapkan kepada para pengunjung yang masih sudi melayari laman BBI.  Pak Iman memohon maaf kerana tak muncul-muncul selepas keluaran yang  pertama dua minggu yang lalu.  Maklumlah khidmat secara sambilan dan sukarela pula. 

Bagaimana pun marilah kita terus menerokai liku- liku kehidupan di sekeliling kita, mana tau di sana ada ruang dan celah yang boleh kita hulurkan tangan kepada jiwa-jiwa yang ikhlas untuk menarik mereka ini agar sama-sama melangkah dengan kita menuju alam Akhirat yang lebih kekal. -- Pak Iman bukan Abu Iman

TARIKH 'AIDIL ADHHA

Seperti yang kita maklum, The Supreme Judiciary Council of Saudi Arabia telah mengumumkan pada 13 Februari 2002 bahawa berdasarkan ru'yah, 1 Dzul Hijjah jatuh pada hari tersebut sekali gus mengisytiharkan hari wuquf (09 Dzul Hijjah) pada hari Khamis, 21 Februari 2002.  Manakala hari berikutnya, Jumaat ialah hari 'Aidil Adhha.

Anehnya, tukang gilap mohor raja-raja Malaysia mengumumkan Hari Raya Haji pada hari Sabtu, 23 Februari 2002.  Pak Iman pun tak tau apa alasan- nya.  Yang Pak Iman faham, jika para hujjaj ber- wuquf di 'Arafah hari ini maka esoknya Raya Korbanlah.  Tak tau lah apa hujjah dan apa maslahatnya mereka melewatkan hari mulia ini selama satu hari lagi.  Raya Puasa dulu pun negara-negara lain raya hari Juma'at mereka isytihar hari Sabtu.

Rakan Pak Iman bertanya kehairanan, apa yang dibuat oleh orang-orang cerdik pandai agama yang duduk di keliling kelalang trukang gilap mohor atau orang-orang yang memberi keputusan kepada- nya? Rakan yang lain menyampok, mungkin mereka mengambil kira perbezaan waktu yang mana Malaysia menempuh hari Jumaat beberapa jam lebih dulu daripada Arab Saudi.  Mungkin ada rakan yang boleh tolong kirakan perincian ini untuk Pak Iman.

Walau apa perkiraan pun biarlah kita pastikan puasa sunat hari wuquf betul-betul kita laksanakan pada hari wuquf, jangan pula kita puasa pada hari yang diharamkan kita berpuasa.  Manakala korban pula mestilah dalam mana-mana 4 hari selepas hari wuquf itu.  Jangan pula hari ke lima (14 Dzul Hijjah) baru nak sembelih. - Pak Iman azam nak korban.

SELAMAT MENYAMBUT 'EID EL-ADHHA
                                          Dari Pak Iman & Crew BBI

PERSATUAN ULAMA' LAWAN PENULIS

Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) membantah kepada Majlis Raja-Raja Melayu (MRRM) tentang beberapa orang penulis termasuk Kassim Ahmad dan Ketua Sisters-in-Islam yang mana tulisan mereka dikatakan menghina Islam.  

Pak Lah kata beri mereka (penulis) kebebasan mengeluarkan pendapat.  Zainuddin Maidin (ZAM) kata mereka golongan yang terpelajar dalam bidang agama bahkan hasil penulisan dan buah fikiran mereka dihormati.  Bahkan menurut ZAM mereka sepatutnya tujukan bantahan mereka kepada Tuan Guru Nik Aziz dan Hj Hadi Awang.

Anehnya tuduhan basi yang sama dikemukakan kononnya pemimpin-pemimpin PAS memfatwakan sembelihan orang UMNO tak boleh dimakan, kalau Nabi hidup balik baginda akan pergi ke Kelantan dan sebagainya.  

Pada Pak Iman ini satu lagi hujjah tak masuk akal.  Pak Iman pun tak pernah terdengar fatwa karut seperti dakwaan ZAM.  Pada pandangan peribadi Pak Iman ZAM pun sebenarnya sekapal dengan penulis-penulis itu. 

Yang jelasnya mereka cuba menggunakan logik akal semata-mata dalam mentafsirkan ketentuan Islam untuk memperiakan bahawa amalan sekular yang berleluasa di peringkat pemimpin mau pun rakyat hari ini adalah tidak bertentangan dengan Islam.  Itu saja. 

Semua ini berpunca dari satu faktor yang serius, iaitu Islam tidak lagi difahami sepertimana ia difahamkan oleh Rasulullah saw kepada generasi para sahabat; sepertimana ia difahami dan diamalkan oleh para salaf as-soleh.  Bahkan Islam tidak lagi diyakini sebagai satu cara hidup yang wajib dihayati secara keseluruhannya.  Implikasinya timbullah berbagai kefahaman tafsiran sendiri atau tafsiran musuh-musuh Islam.               - Pak Iman kena berdakwah.


 

ISLAM CARA HIDUP KITA  |  ALLAH MATLAMAT KITA  |  ALQURAN PERLEMBAGAAN KITA