WIRID & DO'A

compiled and edited by
Akhukumfillah
     
 

Akhi/Ukhti yang dimuliakan,

Seperti yang kita sedia maklum, wirid dan do'a merupakan satu wasilah untuk kita mendekatkan diri kita, mempertautkan dhomir kita dengan Zat yang Maha Tinggi, Allah Rabb ul-Jalil.  Inilah sunnah tinggalan junjungan besar kita Muhammad Rasulullah .  Atas dasar ini juga Imam AlBanna mengutip kembali wirid dan do'a yang ma'thur dari sumber-sumber nas yang sohih untuk kita ber'amal dengannya.

Bertolak dari kesedaran ini, ana mengambil inisiatif menyediakan risalah Al-Ma'thurat dalam format pdf untuk dikirimkan kepada komputer peribadi anda melalui email.  Di samping itu, wirid serta do'a selepas solah dan sebagainya dikirimkan melalui email atas permintaan (on request).  Wirid dan doa akan dihantar dalam bentuk matan hadith bersama dengan sanad dan sumbernya.  Sila maklumkan wirid dan do'a apakah yang dikehendaki. 

Semua fail adalah dalam bentuk teks (bukan grafik), oleh itu perisian Windows dalam komputer peribadi anda mestilah berkebolehan memaparkan teks Arab (Arabic enabled or better still Arabic Windows).  Cakra padat (CD) Arabic Windows boleh didapati dari kedai-kedai perisian.  Sila hubungi kami jika anda sukar mendapatkannya di pasaran.

Jika akhi/ukhti berminat dan berhajat memiliki item berikut sila 'email' kepada kami dengan menyatakan nama-nama fail yang dikehendaki:-

Bagi yang menguasai bahasa Arab kami menyediakan fail-fail format pdf untuk tajuk-tajuk berikut:-

  • Kesan Iman dalam Kehidupan Ummah (Arabic)

  • Aspek-Aspek Pembinaan Syakhsiyah pada Mad'uu (Arabic)

  • Ikhwan di bawah Bumbung Parlimen (Arabic)

  • Ikhwan di Parlimen (Arabic)

  • Al-Akh al-'Amilin siapa dia? (ringkasan syurut - Arabic)

Buat ikhwah/akhowat yang terlibat mengendalikan halaqah atau memberi ceramah dan kuliah kami menyediakan khidmat meneliti nas-nas AlQuran dan Hadith beserta makna Melayunya.  Hadith-hadith akan cuba dikenalpasti kedudukan sohih atau sebaliknya.  

Sila 'email'kan apa yang dihajati kepada ana akhukumfillah@easypeasy.com, insya'Allah fail-fail akan dilampirkan (attached) melalui email kepada anda secara percuma.

GET ARABIC IE5

     
Powered by Tripod                                Developed by Akhukumfillah
 

 
     

ULASAN BUKU

     
 


Buku Zikir dan Doa ini merupakan terjemahan dari risalah berbahasa 'Arab karangan Sa'id bin Ali bin Wahf al-Qahtany. 

Ia diterjemahkan oleh Baharuddin Ayudin dan dterbitkan oleh Penerbitan Salafi, Ampang, Selangor.

Buku kecil ini mengandungi koleksi do'a dan zikir yang dipetik dari AlQuran dan Sunnah Rasulillah Ia terdiri daripada 132 bab yang mengandungi 267 do'a dan zikir dalam berbagai kesempatan dan keadaan.

Setiap do'a dan zikir dinyatakan sumber ambilannya.  Ia sangat berfaedah bagi setiap muslim yang mengharapkan hanya Allah swt.   

 

NO SIRI 28021424

www..org