Generasi kita sedang berada pada tahap penting dan genting dari umur da'awah Islamiyyah setelah musuh-musuh Allah berkonspirasi menyerang Islam dan kaum muslimin serta menjatuhkan kerajaan dan khilafah mereka.  Ini berlaku lantaran umat Islam menjauhkan diri dari hakikat agama mereka serta sibuk dibuai keduniaan yang melemahkan kekuatan mereka sehingga musuh yang tamak terlalu berani mengganyang mereka....

                                                                                             - AlMarhum Ustaz Mustofa Masyhur

GEMA ALBANNA

"Membangunkan ummah, mendidik bangsa, mencapai citc-cita dan mempertahan- kan prinsip atau dasar memerlukan kekuatan jiwa yang hebat dari ummah atau bangsa yang ingin mencapai cita-citanya. Kekuatan jiwa yang terjelma dalam iradah yang kuat, tidak mengenal lemah, ketaatan yang padu, tidak mudah terpengaruh dan tidak mengenal uzur, pengorbanan yang tinggi yang tidak dihalang oleh ketamakan.....".

      - Imam Hasan AlBanna
 Ehwal
 Semasa

   dari sahabatmu:
Akhukumfillah

SELASA, 06 JANUARI 2004

Ringkas dari MATRI,

Ma'ahad Tarbiyyah Islamiyyah (MATRI)di Perkampungan Tunjung (Perlis)telah memulakan sessi persekolahan 2004 dengan pengambilan seramai 152 orang pelajar tingkatan satu.

Daripadah 220 permohonan yang diterima 68 orang terpaksa ditolak permohonan mereka kerana MATRI hanya mampu menampung 4 kelas tingkatan satu bagi sessi persekolahan tahun ini.

Menurut salah seorang guru penolong kanan ma'ahad tersebut, Cikgu Mohd. Abduh Zainalabidin, bilangan 152 orang sebenarnya sudah jauh melebihi kuota pengambilan tahun ini iaitu 136 orang.  Kuota ini berdasarkan bilangan 34 orang murid bagi setiap kelas.

Pendaftaran pelajar-pelajar baru tingkatan satu yang telah diadakan pada hari Sabtu, 03 Januari 2004, yang baru lalu menyaksikan kehadiran murid-murid dari seluruh negara.  Bagaimana pun murid-murid dari Pantai Timur tidak kelihatan pada tahun ini kerana sekolah yang serupa yang baru ditubuhkan telah mula menawarkan kelas-kelas tingkatan satu tahun ini.

Namun masih terdapat lebih dari sepuluh orang dari Selangor dan Wilayah Persekutuan serta 11 orang dari Johor yang turut mendaftar sebagai murid tingkatan satu di MATRI.

  Powered by Tripod                                          Developed by Akhukumfillah

ALQURAN

ALHADITH

WIRID & DO'A

WASIAT MUSTOFA

PUSTAKA DA'IY

KHIDMAT TARBAWI

LAMAN ULAMA' MU'TABAR

RISALAH FIKRAH I

RISALAH FIKRAH II

WAHAIDIRI

ALQAYYIM

ISLAM ONLINE

AL-ISLAM.COM

FATWA

NASYID ISLAM

BOIKOT BARANGAN ZIONIS

HUBUNGI KAMI

GET ARABIC IE5