|
SIRAH NABAWI DARI ALHADITH |
||
HADITH KETIGA |
الحديث الثالثة |
||
Diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid r.a katanya: Rasulullah s.a.w
telah mengutuskan kami dalam suatu pasukan. Kami sampai di al-Huruqat, suatu
tempat di daerah Juhainah pada waktu pagi. Aku berjumpa seorang lelaki, lelaki
tersebut menyebut لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ lalu
aku menikamnya. Aku menceritakan peristiwa itu kepada Rasulullah. Rasulullah
bertanya dengan sabdanya: Adakah kamu membunuhnya sedangkan dia telah
mengucapkan kalimah syahadat لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
Aku menjawab: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya lelaki itu mengucap
demikian kerana takutkan hayunan pedang. Rasulullah bertanya lagi: Sudahkah
engkau membelah dadanya sehingga kamu tahu dia benar-benar mengucapkan Kalimah
Syahadat atau tidak؟
Rasulullah mengulangi soalan itu kepadaku menyebabkan aku bercita-cita
untuk menyerah diri pada ketika itu juga. Usamah menceritakan lagi, Saad telah
berkata: Demi Allah, aku tidak akan membunuh seorang muslim sehinggalah ianya
telah dilakukan oleh orang yang mempunyai perut yang kecil, iaitu Usamah.
Usamah berkata lagi, seorang lelaki telah bertanya: Tidakkah Allah telah
berfirman ( وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ
وَيَكُونَ الدِّينُ كُلُّهُ لِلَّهِ ) Yang bermaksud: Dan Perangilah
mereka sehingga tiada lagi fitnah serta jadikanlah agama itu semata-mata kerana
Allah. Maka Saad menjawab: Sesungguhnya kami memerangi mereka supaya tidak
berlaku fitnah, tetapi kamu dan para Sahabat kamu memerangi mereka, untuk
menimbulkan fitnah. |
(رواه مسلم ) |