Hadith ketujuh
diriwayatkan oleh Bukhari, Tirmizi dan Ahmad
dengan matan yang sedikit berbeza dan rantaian
sanad yang berbagai-bagai. Namun maksudnya
tetap serupa:
Daripada
Anas r.a. bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda
yang bermaksud, "Sesungguhnya sepagi berada
dijalan Allah atau sepetang adalah lebih baik
daripada dunia dan apa yang ada di dalamnya.
Satu tempat di Syurga sekadar sehasta
atau sekadar tempat meletak tapak kaki (tangan)
kamu adalah lebih baik daripada dunia dan apa
yang ada di dalamnya. Dan seandainya seorang
perempuan dari kalangan wanita-wanita penghuni
Syurga muncul ke bumi ini akan diterangi
ruang antara keduanya (langit dan bumi) dan
akan dipenuhi ruang antara keduanya dengan bau-bauan
kewangian dan tutupan di atas kepalanya lebih
baik daripada dunia dan apa yang ada di dalamnya.
Narrated
Anas: The Prophet said, "A single endeavor (of
fighting) in Allah's Cause in the morning or in the forenoon is better than
all the world and whatever is in it. A place in Paradise as small as the bow or
lash of one of you is better than all the world and whatever is in it. And if a
houri from Paradise appeared to the people of the earth, she would fill the
space between Heaven and the Earth with light and pleasant scent and her head
cover is better than the world and whatever is in it.”
|