Generasi kita sedang berada pada tahap penting dan genting dari umur da'awah Islamiyyah setelah musuh-musuh Allah berkonspirasi menyerang Islam dan kaum muslimin serta menjatuhkan kerajaan dan khilafah mereka.  Ini berlaku lantaran umat Islam menjauhkan diri dari hakikat agama mereka serta sibuk dibuai keduniaan yang melemahkan kekuatan mereka sehingga musuh yang tamak terlalu berani mengganyang mereka....

                                                                                             - AlMarhum Ustaz Mustofa Masyhur

GEMA ALBANNA

"Kita mahu selepas ini untuk mengembalikan panji-panji Allah berkibar di pelusuk ini yang pernah mengecapi nikmat Islam suatu ketika dahulu di mana telah bergema suara muazzin dengan takbir dan tahlil; kemudian dikehendaki baginya kesusahan sehingga hilang darinya cahaya Islam lalu kembali kepada kekufuran selepas Islam. Andalus, Sicili, Balkan, Selatan Itali dan kepulauan-kepulauan di Laut Rom, semuanya adalah jajahan Islam yang mesti dikembalikan ke pangkuan Islam. Mesti dikembalikan Laut Putih dan Laut Merah, dua lautan Islam sebagaimana sebelumnya."

"Dan kita mahu selepas ini dan bersamanya mengisytiharkan da'awah kita kepada dunia serta menyampaikannya kepada seluruh manusia, dan kita meratakannya ke seluruh pelusuk bumi. Dan kita akan menundukkan bagi da'awah ini semua kekuatan sehingga tidak ada lagi fitnah dan adalah deen itu semuanya untuk Allah. Moga di hari itu orang-orang mukmin akan bergembira dengan pertolongan Allah dan Allah itu Maha Perkasa lagi Maha Mengasihani." 

      - Imam Hasan AlBanna
 Khas untuk:
 Ikhwah/Akhowat

   dari sahabatmu:
Akhukumfillah

IFTITAH 01

Assalamu 'alykum wr wb,

Dengan lafaz bismillah Laman Tarbawi kembali dengan wajah baru untuk menemui ikhwah dan akhowat yang sudi melapangkan sedikit masa melayari laman web yang serba ringkas dan bersahaja ini.  Moga persinggahan saudara/i dapat sama-sama menyemarakkan lagi syu'uur da'awi dan tarbawi dalam jiwa raga kita di tengah-tengah arus jahilyyah yang pekat hari ini.  

Sehubungan dengan kalimah 'tarbawi' sebagai nama laman ini, rasanya tidak sia-sia untuk kita merenung kembali tasowwur kita tentang Tarbiyyah Islamiyyah dalam konteks 'amal Islami kita agar ia terus mantap di minda dan jiwa kita sekaligus menyemarakkan kehangatan ruh 'amal da'awah dan tarbiyyah kita, insya'Allah.

Mafhum Tarbiyyah dalam 'Amal Islami

Dalam konteks ‘amal Islami usaha-usaha menjana pendidikan (التَّرْبِيَّة) insan membawa maksud memilih dan menggunapakai jalan/cara (أُسْلُوب) yang terbaik untuk berinteraksi dengan fitrah/tabiat insan sekaligus mempengaruhinya melalui pengajaran (تَعْلِيم), bimbingan dan langkah-langkah penyediaan/pembentukan individu berpaksikan tunjuk ajar (تَوْجِيه) serta contoh-contoh  (قُدْوَة)  yang menepati sistem (مَنْهَج) dan wasilah (وَسَائِل) yang tertentu (specific); ianya bertujuan merobah keadaan minda, jiwa dan jasad insan kepada yang lebih baik.

Apabila kita memperkatakan soal manhaj (المِنْهَاج atau المَنْهَج) dalam skop ‘amal Islami ia merangkumi jalan bertindak (sistem bekerja) atau prosedur yang terang dan nyata sebagai panduan termasuk langkah-langkah bergerak dan bertindak yang digariskan dengan jitu.

Oleh itu sistem pendidikan Islam (مَنْهَج التَّرْبِيَّة الإِسْلاَمِيَّة) dalam ‘amal Islami membawa erti satu proses mempersiapkan insan melalui kerja-kerja penyediaan yang bersifat Islami meliputi semua aspek-aspek hidupnya dari segi ruhani (jiwa), ‘aqli (minda) dan jismi (jasadi) dalam satu bentuk yang lengkap lagi menyeluruh (الشُّمُول) dan sempurna (التَّكَامُل).  Dengan kata lain, tarbiyah Islamiyah melibatkan proses penyediaan dan persiapan untuk melahirkan insan yang soleh; yakni seorang insan yang saling berkeseimbangan (مُتَوَازِن) pada kemampuannya, antara matlamat dan wasilahnya, antara tuturkata dan tindakannya, semuanya seimbang dalam serba serbi.  Seimbang  (تَوَازُن) antara kemampuan ruh, ‘aqal dan jasadnya, seimbang antara keinsanan dan kebendaannya, antara keperluan insan dan kesempurnaannya, seimbang antara kehendak individu dan kehendak sosialnya, seimbang dalam makan dan minumnya serta pakaian dan tempat tinggalnya, tanpa melampaui batas dan berlebih-lebihan.

  Powered by Tripod                                          Developed by Akhukumfillah


ALQURAN

ALHADITH

WIRID & DO'A

WASIAT MUSTOFA

PUSTAKA DA'IY

KHIDMAT TARBAWI

LAMAN ULAMA' MU'TABAR

ARTIKEL HALUAN

RISALAH FIKRAH I

RISALAH FIKRAH II

WAHAIDIRI

ALQAYYIM

EHWAL UMMAH SEMASA

LAMAN RESMI IKHWAN

HAQAIQ MISRYYAH

ALSHABAKAH ALIKHWANYYAH

JAMA'AT ISLAMY

IKHWAN MUSLIMUN

KATAIB ALQASSAM

ALBANNA NET

NAFIZAH MISRY

ALNOOR

ISLAM ONLINE

AL-ISLAM.COM

PARTAI KEADILAN INDONESIA

KEMBALI BERSAMA ISLAM

ZAADUL-'AAMILEEN

FATWA

NASYID ISLAM

BOIKOT BARANGAN ZIONIS

HUBUNGI KAMI


Mendidik Anak 
Mendidik anak bermula sejak dalam kandungan ibu... begitulah penjelasan oleh sebuah artikel dari laman ummah.com.

GET ARABIC IE5