Generasi kita sedang berada pada tahap penting dan genting dari umur da'awah Islamiyyah setelah musuh-musuh Allah berkonspirasi menyerang Islam dan kaum muslimin serta menjatuhkan kerajaan dan khilafah mereka.  Ini berlaku lantaran umat Islam menjauhkan diri dari hakikat agama mereka serta sibuk dibuai keduniaan yang melemahkan kekuatan mereka sehingga musuh yang tamak terlalu berani mengganyang mereka....

                                                                                             - AlMarhum Ustaz Mustofa Masyhur

GEMA ALBANNA

"Kita mahu selepas ini untuk mengembalikan panji-panji Allah berkibar di pelusuk ini yang pernah mengecapi nikmat Islam suatu ketika dahulu di mana telah bergema suara muazzin dengan takbir dan tahlil; kemudian dikehendaki baginya kesusahan sehingga hilang darinya cahaya Islam lalu kembali kepada kekufuran selepas Islam. Andalus, Sicili, Balkan, Selatan Itali dan kepulauan-kepulauan di Laut Rom, semuanya adalah jajahan Islam yang mesti dikembalikan ke pangkuan Islam. Mesti dikembalikan Laut Putih dan Laut Merah, dua lautan Islam sebagaimana sebelumnya."

"Dan kita mahu selepas ini dan bersamanya mengisytiharkan da'awah kita kepada dunia serta menyampaikannya kepada seluruh manusia, dan kita meratakannya ke seluruh pelusuk bumi. Dan kita akan menundukkan bagi da'awah ini semua kekuatan sehingga tidak ada lagi fitnah dan adalah deen itu semuanya untuk Allah. Moga di hari itu orang-orang mukmin akan bergembira dengan pertolongan Allah dan Allah itu Maha Perkasa lagi Maha Mengasihani." 

      - Imam Hasan AlBanna
 Khas untuk:
 Ikhwah/Akhowat

   dari sahabatmu:
Akhukumfillah

IFTITAH 02

Assalamu 'alykum wr wb,

Alhamdulillah, segala puji-pujian kita persembahkan kepada Allah swt kerana atas limpahan kurnia dan rahmatNya kita dapat bersua lagi di laman yang ringkas ini guna saling berwasiat dalam urusan kebenaran dan kesabaran, saling peringat memperingati kerana peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang mukmin.

Mencontohi Manhaj Nabawi dalam Tarbiyyah

Kita telah membicarakan tentang tabiat Tarbiyyah Islamiyyah dalam perlaksanaan 'amal Islami pada minggu yang lalu.  Bagaimana pun tarbiyah itu tidak mungkin membuahkan hasil yang diharapkan melainkan ianya dilaksanakan dan ditangani dengan kaedah atau uslub yang terbaik.

Kita yakin tiada uslub yang terbaik melainkan wasilah dan manhaj yang ditetapkan oleh Allah swt untuk mendidik NabiNya yang mulia dan apa yang digunapakai oleh Baginda saw untuk mendidik generasi para sahabat ra sehingga muncul satu ummah contoh yang diiktiraf terbaik oleh Allah swt.

Justru, sudah tentulah sumber rujukan utama bagi perlaksanaan tarbiyah ini tiada lain melainkan AlQuran, Sunnah Rasulillah saw serta sirah perjuangan baginda dan para sahabat ra. Dalam meneliti dan memahami sumber-sumber ini kita merujuk kepada tafsiran dan penjelasan yang dikupas oleh para ulama’ mu’tabar.

Penerokaan ke alam kehidupan Generasi Awal oleh para ulama' mu'tabar seperti Imam AlSyahid Hasan AlBanna telah menyaksikan bahawa Rasulullah saw tidak mempunyai manhaj kecuali manhaj AlQuran dan tidak memiliki kolej atau universiti kecuali masjid. Penuntut-penuntutnya pula ialah Abu Bakr, 'Umar, 'Uthman dan 'Ali  serta para sahabat AlSabiqun AlAwwalun ridhwanullahu 'alyhim yang mendapat tarbiyyah dari masjid ini.

Namun dari madrasah masjid inilah mereka bergerak membangunkan sebuah tamaddun yang merobah pola kehidupan dunia melalui manhajnya.  Secara fizikal, mereka hanyalah sekumpulan manusia yang duduk berlantaikan pasir gurun di dalam universiti yang dibumbungi pelepah-pelepah tamar.  Apabila waktu hujan air menitik ke atas tubuh mereka.  Namun mereka tetap tabah dan sabar menunggu wahyu dari langit. Kebanyakan mereka ialah golongan penggembala kambing yang miskin tidak berada.  Tetapi mereka merasa mulia dengan deen baru yang mereka anuti.

 وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَا يَعْلَمُونَ

"dan bagi Allah segala ketinggian/kemuliaan, juga bagi RasulNya dan bagi orang-orang mukmin, akan tetapi orang-orang munafiq itu tidak mengetahui" (AtTaubah:8).  Ini kerana hati-hati mereka telah disatukan  di atas manhaj tarbiyyah yang ditunjangi iman, kasih sayang dan pengorbanan.

  Powered by Tripod                                          Developed by Akhukumfillah


ALQURAN

ALHADITH

WIRID & DO'A

WASIAT MUSTOFA

PUSTAKA DA'IY

KHIDMAT TARBAWI

EHWAL UMMAH SEMASA

FATWA

LAMAN ULAMA' MU'TABAR

NASYID ISLAM

ARKIB IFTITAHIYAT

ARTIKEL HALUAN

RISALAH FIKRAH I

RISALAH FIKRAH II

WAHAIDIRI

ALQAYYIM

LAMAN RESMI IKHWAN

HAQAIQ MISRYYAH

ALSHABAKAH ALIKHWANYYAH

JAMA'AT ISLAMY

IKHWAN MUSLIMUN

KATAIB ALQASSAM

ALBANNA NET

NAFIZAH MISRY

ALNOOR

ISLAM ONLINE

AL-ISLAM.COM

PARTAI KEADILAN INDONESIA

KEMBALI BERSAMA ISLAM

ZAADUL-'AAMILEEN

BOIKOT BARANGAN ZIONIS

HUBUNGI KAMI

Mendidik Anak 
Mendidik anak bermula sejak dalam kandungan ibu... begitulah penjelasan oleh sebuah artikel dari laman ummah.com.

GET ARABIC IE5