الشبكة التربوية

Generasi kita sedang berada pada tahap penting dan genting dari umur da'awah Islamiyyah setelah musuh-musuh Allah berkonspirasi menyerang Islam dan kaum muslimin serta menjatuhkan kerajaan dan khilafah mereka.  Ini berlaku lantaran umat Islam menjauhkan diri dari hakikat agama mereka serta sibuk dibuai keduniaan yang melemahkan kekuatan mereka sehingga musuh yang tamak terlalu berani mengganyang mereka....

                                                                                             - AlMarhum Ustaz Mustofa Masyhur

GEMA ALBANNA

"Kita mahu selepas ini untuk mengembalikan panji-panji Allah berkibar di pelusuk ini yang pernah mengecapi nikmat Islam suatu ketika dahulu di mana telah bergema suara muazzin dengan takbir dan tahlil; kemudian dikehendaki baginya kesusahan sehingga hilang darinya cahaya Islam lalu kembali kepada kekufuran selepas Islam. Andalus, Sicili, Balkan, Selatan Itali dan kepulauan-kepulauan di Laut Rom, semuanya adalah jajahan Islam yang mesti dikembalikan ke pangkuan Islam. Mesti dikembalikan Laut Putih dan Laut Merah, dua lautan Islam sebagaimana sebelumnya."

"Dan kita mahu selepas ini dan bersamanya mengisytiharkan da'awah kita kepada dunia serta menyampaikannya kepada seluruh manusia, dan kita meratakannya ke seluruh pelusuk bumi. Dan kita akan menundukkan bagi da'awah ini semua kekuatan sehingga tidak ada lagi fitnah dan adalah deen itu semuanya untuk Allah. Moga di hari itu orang-orang mukmin akan bergembira dengan pertolongan Allah dan Allah itu Maha Perkasa lagi Maha Mengasihani." 

      - Imam Hasan AlBanna
 Khas untuk:
 Ikhwah/Akhowat

   dari sahabatmu:
Akhukumfillah

IFTITAH 04

Assalamu 'alykum wr wb,

Alhamdulillah, segala puji-pujian kita persembahkan kepada Allah swt kerana atas limpahan kurnia dan rahmatNya kita dapat bersua lagi di laman yang ringkas ini guna saling berwasiat dalam urusan kebenaran dan kesabaran, saling peringat memperingati kerana peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang mukmin.

Perginya Seorang Mursyid 'Am

Seminggu yang lalu, pada tanggal 16 Zul-Qi'dah, 1424, kita dikejutkan dengan berita pemergian Mustasyar Ma'amun AlHudhaibi, Mursyid 'Am Ikhwan Muslimun yang keenam, menyahut panggilan Rabbnya.  Moga ruhnya ditempatkan bersama para solihin dan muqarrabin kerana itulah pemusatan segala matlamat kegiatan hidupnya sejak hari pertama menyertai gerakan Ikhwan Muslimun.

Pendidikan di Madrasah Hasan AlBanna telah menanam keyakinan di sanubari beliau bahawa taklif serta masuliyyah da'awah dan tarbiyyah, pada mana-mana posisi pun dalam tandzim jama'ah, bukanlah untuk mencari kemasyhuran atau sanjungan; sebaliknya ia adalah amanah yang berat di hadapan Allah swt.

Dengan perginya pemimpin tertinggi jama'ah tidak bererti perjalanan dan perjuangan gerakan Ikhwan Muslimun menuju cita-cita murni jama'ah itu berhenti di pertengahan jalan atau mundur ke belakang.  Pemimpin datang dan pergi namun langkah-langkah perjuangan harus diteruskan oleh mereka yang tinggal di belakang.

Pada hari yang sama pihak Maktab Irsyad Jama'ah Ikhwan telah mengumumkan perlantikan sementara Ustaz Muhammad Hilal sebagai Pemangku Mursyid 'Am sementara menunggu perlantikan resmi Murshid 'Am ketujuh diumumkan.

Pada hari Rabu, 21 Zul-Qi'dah,1424 bersamaan 14 Januari, 2004, Ustaz Muhammad Hilal mengisytiharkan bahawa barisan kepimpinan jama'ah telah mencapai kata sepakat untuk melantik Ustaz Mahdi 'Aakif (gambar) sebagai Mursyid "Am yang baru.   

Semoga Ustaz Mahdi 'Aakif sentiasa di dalam peliharaan serta hidayah dan 'inayah Allah swt untuk meneruskan kepimpinan Ikhwan Muslimun dalam meneruskan perjalanan da'awah dan tarbiyyah mengharung arus penentangan dan permusuhan yang sengit melanda umat Islam hari ini.

Supaya kita berpeluang mengenali dengan lebih dekat lagi peribadi Mursyid 'Am ketujuh ini  segmen EHWAL UMMAH SEMASA kali ini memaparkan latarbelakang ringkas Ustaz Mahdi 'Aakif sejak kelahirannya hingga ke saat ini. 

MUHASABAH HARIAN | HUBUNGI KAMI | WEBMASTER | DISCLAIMER


ALQURAN

ALHADITH

WIRID & DO'A

WASIAT MUSTOFA

PUSTAKA DA'IY

KHIDMAT TARBAWI

EHWAL UMMAH SEMASA

FATWA

LAMAN ULAMA' MU'TABAR

NASYID ISLAM

ARKIB IFTITAHIYAT

ARTIKEL HALUAN

RISALAH FIKRAH I

RISALAH FIKRAH II

WAHAIDIRI

ALQAYYIM

LAMAN RESMI IKHWAN

ALIKHWAN ALMUSLIMUN

ALSHABAKAH ALIKHWANYYAH

JAMA'AT ISLAMY

IKHWAN MUSLIMUN

KATAIB ALQASSAM

ALBANNA NET

NAFIZAH MISRY

ALNOOR

ISLAM ONLINE

AL-ISLAM.COM

PARTAI KEADILAN INDONESIA

KEMBALI BERSAMA ISLAM

ZAADUL-'AAMILEEN

BOIKOT BARANGAN ZIONIS

HUBUNGI KAMI

Mendidik Anak 
Mendidik anak bermula sejak dalam kandungan ibu... begitulah penjelasan oleh sebuah artikel dari laman ummah.com.

GET ARABIC IE5