الشبكة التربوية

Generasi kita sedang berada pada tahap penting dan genting dari umur da'awah Islamiyyah setelah musuh-musuh Allah berkonspirasi menyerang Islam dan kaum muslimin serta menjatuhkan kerajaan dan khilafah mereka.  Ini berlaku lantaran umat Islam menjauhkan diri dari hakikat agama mereka serta sibuk dibuai keduniaan yang melemahkan kekuatan mereka sehingga musuh yang tamak terlalu berani mengganyang mereka....                                                 - AlMarhum Ustaz Mustofa Masyhur

GEMA ALBANNA

Khas untuk:
Ikhwah/Akhowat

   dari sahabatmu:
Akhukumfillah

"Kita mahu selepas ini untuk mengembalikan panji-panji Allah berkibar di pelusuk ini yang pernah mengecapi nikmat Islam suatu ketika dahulu di mana telah bergema suara muazzin dengan takbir dan tahlil; kemudian dikehendaki baginya kesusahan sehingga hilang darinya cahaya Islam lalu kembali kepada kekufuran selepas Islam. Andalus, Sicili, Balkan, Selatan Itali dan kepulauan-kepulauan di Laut Rom, semuanya adalah jajahan Islam yang mesti dikembalikan ke pangkuan Islam. Mesti dikembalikan Laut Putih dan Laut Merah, dua lautan Islam sebagaimana sebelumnya."

"Dan kita mahu selepas ini dan bersamanya mengisytiharkan da'awah kita kepada dunia serta menyampaikannya kepada seluruh manusia, dan kita meratakannya ke seluruh pelusuk bumi. Dan kita akan menundukkan bagi da'awah ini semua kekuatan sehingga tidak ada lagi fitnah dan adalah deen itu semuanya untuk Allah. Moga di hari itu orang-orang mukmin akan bergembira dengan pertolongan Allah dan Allah itu Maha Perkasa lagi Maha Mengasihani." 

      - Imam Hasan AlBanna
 

IFTITAH 06

Assalamu 'alykum wr wb,

Alhamdulillah, segala puji-pujian kita persembahkan kepada Allah swt kerana atas limpahan kurnia dan rahmatNya kita dapat bersua lagi setelah hampir 2 minggu tidak mengemaskinikan laman yang ringkas ini. Ini berikutan cuti 'Ayd ElAdha dan Thaipusam. Komputer kami juga mengalami masalah teknikal yang menyebabkan sambungan ke internet tergendala beberapa hari. Teruskan ceria dan bertaqwa melayari Laman Tarbawi.

Bila Iman Menguasai Diri (2)

Dalam iftitah yang lalu kita telah menyentuh secara ringkas tentang natijah keberkesanan iman ketika mana ia menguasai hati manusia. Kali ini kita masih melanjutkan bicara kita sekitar topik yang sama lantaran kepentingannya dalam hidup mati kita.  Mari kita tadabbur kembali firman Allah dari surah AtTaubah yang dipaparkan dalam iftitah yang lalu.

قُل لَّن يُصِيبَنَا إِلاَّ مَا كَتَبَ اللّهُ لَنَا هُوَ مَوْلاَنَا وَعَلَى اللّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

"Katakanlah: Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal."                                                                                                 (AtTaubah:51).

Ayat yang mulia ini mengingatkan kita kepada ketegasan Maulana Abul A'ala AlMaudidi dalam kenyataan bela dirinya setelah dijatuhkan hukuman mati pada tahun 1953 semata-mata kerana mengarang buku 'Masalah Qadiani' yang mendedahkan rancangan Inggeris menyebarkan ajaran sesat melalui Ghulam Ahmad.  Dengan tegas dan berani beliau berhujjah:

"Adalah lebih baik saya menyerahkan nyawa kepada Allah daripada mengemis belas kasihan pemerintah yang zalim.  Jika kematian saya sudah menjadi ketetapan Allah, saya redha dan rela menyerahkan nyawa saya.  Sebaliknya jika ketetapan Allah menentukan saya masih belum ajal, mereka tidak akan mampu untuk menimpakan sesuatu ke atas diri saya."

Ketegasan beliau menggugah Tuan Hakim lantas hukuman mati digantikan dengan penjara.  Beliau dibebaskan pada 28 April, 1955, setelah dipenjarakan selama 26 bulan. Betapa iman dan i'itiqadnya dapat membebaskan beliau dari rasa takut dan pengecut.

Lantaran itu ikhwah dan akhowat, marilah kita segera memperbaharui iman kita dengan menyemadikan keyakinan dan i'itiqad di sanubari kita bahawa kesudahan buruk atau baik adalah ketentuan Allah swt.  Jika Allah mahu memberikan sesuatu kepada seseorang tiada siapa yang boleh menghalangnya; begitu juga sebaliknya jika Allah menahan sesuatu tiada siapa yang dapat memberinya.  Seseorang itu tidak akan mati sehingga ia menyelesaikan habuan rezekinya dan ajalnya.

Inilah keyakinan hati seorang mukmin yang berkeupayaan menjadi benteng dan perisai dalam menghadapi jatuh bangun kita di atas jalan da'awah dan tarbiyah yang panjang ini.  Penguasaan fikrah semata-mata tanpa penguasaan iman dan aqidah yang mantap di hati tidak akan membawa kita ke mana-mana.  Tanpa penguasaan iman dan fikrah kita mudah menggelabah menyerah kepada situasi di persekitaran kita.  Kita bukan lagi seorang yang berpegang kepada prinsip, kita mudah mengikut arus. Akhirnya kita hanyut bersama arus jahiliyah yang amat deras melanda masyarakat hari ini.

MUHASABAH HARIAN | HUBUNGI KAMI | WEBMASTER | DISCLAIMER