Generasi kita sedang berada pada tahap penting dan genting dari umur da'awah Islamiyyah setelah musuh-musuh Allah berkonspirasi menyerang Islam dan kaum muslimin serta menjatuhkan kerajaan dan khilafah mereka.  Ini berlaku lantaran umat Islam menjauhkan diri dari hakikat agama mereka serta sibuk dibuai keduniaan yang melemahkan kekuatan mereka sehingga musuh yang tamak terlalu berani mengganyang mereka....                                                           - AlMarhum Ustaz Mustofa Masyhur

Khas untuk:
Ikhwah/Akhowat

   dari sahabatmu:
Akhukumfillah

DAFTAR LAMAN

ALQURAN

ALHADITH

WIRID & DO'A

WASIAT MUSTOFA

PUSTAKA DA'IY

KHIDMAT TARBAWI

EHWAL UMMAH SEMASA

FATWA

ULAMA' MU'TABAR

NASYID ISLAM

ARKIB IFTITAHIYAT

HUBUNGI KAMI

KE LAMAN UTAMA

TAUTAN 'AALAMI

ARTIKEL HALUAN

RISALAH FIKRAH I

RISALAH FIKRAH II

WAHAIDIRI

ALQAYYIM

LAMAN RESMI IKHWAN

ALIKHWAN ALMUSLIMUN

ALSHBKH ALIKHWANYYAH

JAMA'AT ISLAMY

IKHWAN MUSLIMUN

KATAIB ALQASSAM

ALBANNA NET

NAFIZAH MISRY

ALNOOR

ISLAM ONLINE

AL-ISLAM.COM

PARTI KEADILAN INDONESIA

KEMBALI BERSAMA ISLAM

ZAADUL-'AAMILEEN

BOIKOT BARANGAN ZIONIS

IFTITAH 08

Assalamu 'alykum wr wb,

Alhamdulillah, segala puji-pujian kita persembahkan kepada Allah swt kerana atas limpahan kurnia dan rahmatNya kita dapat bersua lagi di laman ringkas ini untuk meneruskan usaha kecil tazkirah cyber di medan tarbiyah kita. Mudah-mudahan dengan usaha kecil ini, kita sentiasa diletakkan dalam suasana iman yang terus menerus tertingkat dan dipertingkatkan, Allahumma aameen.

Syakhsiyah Rajul-'Aqidah

Yang dimaksudkan sebagai Rajul-'Aqidah ialah sorang muslim yang merasa penuh redha Allah sebagai Rabbnya, Islam sebagai deennya dan meredhai Muhammad sebagai Nabi dan Rasul, beriltizam dengan semua perintah Allah dengan melaksanakannya tanpa memepedulikan tuntutan hawa nafsunya seraya melafazkan firman Allah:  

قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَاْ أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ .

"Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)". (AlAn'aam:162-163).

Untuk kita mencapai mustawa individu muslim sedemikian rupa kita perlu terjun ke dalam acuan tarbiyah dengan penuh penyerahan diri dan jiwa.  Kita perlu menyerahkan hidup kita kepada pengawalan tarbiyah sehingga kita merasakan diri dan jiwa kita sentiasa berada dalam genggaman kekuasaan Allah, sentiasa diuruskan sekehendakNya yang Maha Esa.

Syu'ur hati yang sebegini akan mencetuskan sikap intima' (penggabungan diri) kepada Islam sebagai manhaj alhayah sekaligus membawa kita beriltizam dengan Manhaj Rabbani dalam kehidupan kita.  Jika ini benar-benar berlaku dalam realiti kehidupan harian kita hawa nafsu kita akan didorong mengikut apa yang didatangkan oleh Rasulullah saw.  Inilah manifestasi keyakinan kita bahawa kita tidak diciptakan melainkan supaya kita melunaskan amanah risalah ini.  Maka terputiklah di sanubari kita satu pengharapan yang amat tinggi kepada keredhaanNya swt sebagai bekalan yang dapat membela kita dalam pengadilan mutlak di hadapan Allah di Hari Akhirat nanti.

Inilah sepatutnya gambaran syakhsiyah rajul 'aqidah yang wajib kita miliki. Berbekalkan jatidiri ini kita akan meneruskan orak langkah kita sehinggalah seluruh kehidupan kita merupakan tafsiran yang hidup kepada risalah Islam yang agung ini.

Dalam menempuh titian tarbiyah yang panjang ini sekiranya kita memahami hakikat sebenar tuntutan 'amal Islami, maka segala kewajipan dan taklif, sama ada ia bersifat Islami mau pun tanzimi, akan terasa ringan dan mudah. Ringan dan mudah ini akan terserlah dalam bentuk kerelaan mengorbankan masa lapang, kerehatan jasad dan keringanan fikiran semata-mata untuk disibukkan dengan taklif da'awah dan tarbiyah.

MUHASABAH HARIAN | HUBUNGI KAMI | WEBMASTER | DISCLAIMER