Generasi kita sedang berada pada tahap penting dan genting dari umur da'awah Islamiyyah setelah musuh-musuh Allah berkonspirasi menyerang Islam dan kaum muslimin serta menjatuhkan kerajaan dan khilafah mereka.  Ini berlaku lantaran umat Islam menjauhkan diri dari hakikat agama mereka serta sibuk dibuai keduniaan yang melemahkan kekuatan mereka sehingga musuh yang tamak terlalu berani mengganyang mereka....                                                           - AlMarhum Ustaz Mustofa Masyhur

Khas untuk:
Ikhwah/Akhowat

   dari sahabatmu:
Akhukumfillah

DAFTAR LAMAN

ALQURAN

ALHADITH

WIRID & DO'A

WASIAT MUSTOFA

PUSTAKA DA'IY

KHIDMAT TARBAWI

EHWAL UMMAH SEMASA

FATWA

ULAMA' MU'TABAR

NASYID ISLAM

ARKIB IFTITAHIYAT

HUBUNGI KAMI

KE LAMAN UTAMA

TAUTAN 'AALAMI

ARTIKEL HALUAN

RISALAH FIKRAH I

RISALAH FIKRAH II

WAHAIDIRI

ALQAYYIM

LAMAN RESMI IKHWAN

ALIKHWAN ALMUSLIMUN

ALSHBKH ALIKHWANYYAH

JAMA'AT ISLAMY

IKHWAN MUSLIMUN

KATAIB ALQASSAM

ALBANNA NET

NAFIZAH MISRY

ALNOOR

ISLAM ONLINE

AL-ISLAM.COM

PARTI KEADILAN INDONESIA

KEMBALI BERSAMA ISLAM

ZAADUL-'AAMILEEN

BOIKOT BARANGAN ZIONIS

IFTITAH 09

Assalamu 'alykum wr wb,

Alhamdulillah, segala puji-pujian kita persembahkan kepada Allah swt kerana atas limpahan kurnia dan rahmatNya kita dapat bersua lagi di laman ringkas ini untuk meneruskan usaha kecil tazkirah cyber di medan tarbiyah kita.

Setakat ini kita telah memfokuskan pokok perbincangan iftitah kita kepada aspek-aspek asas dalam Tarbiyah Islamiyah Harakiyahi.  Ini memandangkan kefahaman terhadap tasawwur tarbiyah amat penting untuk dihazamkan dan seterusnya dilaksanakan sepenuhnya untuk membolehkan kita menjadi muslim mukmin yang menepati syarat-syarat tauthiq (شروط توثيق) sebagai al-akh di atas jalan da'awah kita.

Kita sama sekali tidak akan jemu bermutola'ah berulang-ulang dalam perkara pokok dan dasar sepertimana kita tidak pernah jemu mendirikan solah, berpuasa, bertilawah dan sebagainya.  Namun sekiranya kita mendekati tarbiyah dengan pendekatan akademik yang tidak lebih daripada 'mental exercise' semata-mata sudah tentu ia akan menjemukan aqal kita.  Hal ini sama seperti seorang yang hanya jasadnya melaksanakan solah tapi hatinya jauh ditempat lain justeru solah itu dirasakan amat berat dan membosankan.  

Laluan Tarbiyah Panjang dan Memenatkan

Jalan da'awah yang mengambil manhaj yang telah dirintiskan oleh Rasulullah saw jarang dihiasi dengan limpahan kesenangan dan kemewahan. Lantaran itu ramai yang memandang bahawa jalan ini amatlah panjang serta penuh dengan kesukaran dan kerumitan. Namun pada hakikatnya tidak ada lagi jalan lain yang memungkinkan kita sampai kepada matlamat da'awah kita. Sebarang jalan pintas yang cuba direntas dalam menempuh marhalah-marhalahnya atau tiada keteguhan (ثبات) pada tiap-tiap marhalah tersebut akan memungkinkan binaan yang sekiranya terbentuk nanti menjadi condong atau roboh.

Oleh itu faktor masa bagi kita tidak diukur dengan usia seseorang, akan tetapi kepada usia da'awah itu sendiri dan juga kepada usia ummah. Bukankah Daulah Islamiyah telah wujud berterusan selama hampir 14 abad sehinggalah umat muslimin membiarkannya jatuh ditelah zaman kemerosotan sejak kurun yang lalu!  Atas hakikat ini, kita tidaklah mengharapkan dengan tergesa-tergesa untuk menegakkan dan mendirikannya dengan teguh dan menyeluruh (عالمي) hanya dalam tempoh yang singkat.  Bila mana telah sempurna asasnya maka akan meninggilah binaan itu dengan tegapnya, insya'Allah.  

Dalam hal ini, seperti yang kita sedia maklum, Allah swt tidak mempertanggungjawabkan kepada kita tentang natijah, sebaliknya kita akan dipertanggungjawabkan tentang 'amal kita di hadapan Allah swt di Padang Mahsyar nanti.  Bertolak daripada kefahaman dan keyakinan ini kita tidak akan tergesa-gesa dan gopoh untuk memetik buah sebelum masaknya; sebaliknya kita mengutamakan dan memberi perhatian yang jitu terhadap setiap 'amal pada setiap marhalah yang kita lalui.

Persoalannya sekarang adakah kita merasa jemu dan bosan dengan kerja-kerja da'awah dan tarbiyah semata-mata kerana kita rasa telah terlalu lama di atas jalan da'awah ini tetapi belum nampak di sana ada tanda-tanda bahawa ada cahaya di hujung terowong yang gelap?  Jika jawapannya ya maka itulah tanda-tanda keraguan yang telah menguasai hati kita.  Atau mungkinkah kita jemu dan keberatan untuk menyahut ajakan untuk ber'amal kerana habuannya tidak nampak dengan mata kasar bahkan ia mungkin akan mengurangkan sebahagian daripada keselesaan dan kesenangan duniawi yang kita kecapi?  Tepuk dada tanya iman kita!

MUHASABAH HARIAN | HUBUNGI KAMI | WEBMASTER | DISCLAIMER