Generasi kita sedang berada pada tahap penting dan genting dari umur da'awah Islamiyyah setelah musuh-musuh Allah berkonspirasi menyerang Islam dan kaum muslimin serta menjatuhkan kerajaan dan khilafah mereka.  Ini berlaku lantaran umat Islam menjauhkan diri dari hakikat agama mereka serta sibuk dibuai keduniaan yang melemahkan kekuatan mereka sehingga musuh yang tamak terlalu berani mengganyang mereka....                                                           - AlMarhum Ustaz Mustofa Masyhur

Khas untuk:
Ikhwah/Akhowat

   dari sahabatmu:
Akhukumfillah

DAFTAR LAMAN

ALQURAN

ALHADITH

WIRID & DO'A

WASIAT MUSTOFA

PUSTAKA DA'IY

KHIDMAT TARBAWI

EHWAL UMMAH SEMASA

FATWA

ULAMA' MU'TABAR

NASYID ISLAM

ARKIB IFTITAHIYAT

HUBUNGI KAMI

KE LAMAN UTAMA

TAUTAN 'AALAMI

ARTIKEL HALUAN

RISALAH FIKRAH I

RISALAH FIKRAH II

WAHAIDIRI

ALQAYYIM

LAMAN RESMI IKHWAN

ALIKHWAN ALMUSLIMUN

ALSHBKH ALIKHWANYYAH

JAMA'AT ISLAMY

IKHWAN MUSLIMUN

KATAIB ALQASSAM

ALBANNA NET

NAFIZAH MISRY

ALNOOR

ISLAM ONLINE

AL-ISLAM.COM

PARTI KEADILAN INDONESIA

KEMBALI BERSAMA ISLAM

ZAADUL-'AAMILEEN

BOIKOT BARANGAN ZIONIS

IFTITAH 10

Assalamu 'alykum wr wb,

Alhamdulillah, segala puji-pujian kita persembahkan kepada Allah swt kerana atas limpahan kurnia dan rahmatNya kita dapat bersua lagi di laman ringkas ini setelah hampir sepurnama tidak dikemaskinikan.  Ini disebabkan masalah teknikal 'hardware' dan 'software' pada komputer kami.  Alhamdulillah akhirnya semuanya berjaya dipulihkan bahkan diperkemaskinikan lagi.

Kali ini marilah kita tumpukan bicara kita kepada perkara pokok yang berupa kunci bagi segala 'amal kita.  Perkara itu tak lain tak bukan ialah keikhlasan kita kepada Allah swt.  Keikhlasan adalah penentu kejayaan kita mencapai matlamat dan cita-cita kita kerana Allah hanya menerima 'amal hamba-hambaNya yang ikhlas sahaja.  Sebarang bentuk syirik sekecil mana pun akan menyebabkan 'amal kita gugur lerai disisi Allah.

Mengikhlaskan Niat dari Noda Pencemaran

Telah dinukilkan dalam kitab Tarikh AtThobari ketikamana ma'arakah sedang berkecamuk di medan Yarmuk Sayyidina Khalid bin AlWalid telah mengungkapkan:

إِنَّ هذَا يَوْمٌ مِنْ أَيَّامِ اللّهِ، لا يَنْبَغِيْ فِيْهِ الْفَخْرَ وَلا الْبَغْيَ.

اخْلِصُوا جِهَادَكُمْ، واُرِيْدُوا اللّهَ بِعَمَلِكُمْ، فَإِنَّ هذَا يَوْمٌ لَهُ مَا بَعْدَهُ   

"Sesungguhnya hari ini adalah di antara hari-hari Allah, tidak sepatutnya ada padanya kebanggaan dan tidak juga keangkuhan. 

Ikhlaskanlah jihad kamu, dan menujulah kepada Allah dengan 'amal kamu, kerana sesungguhnya hari ini akan menentukan hari-hari selepasnya."  

Merenung kepada kata-kata ini kita terpanggil untuk mengungkapkan lafaz-lafaz yang sama seperti ungkapan Sayyidina Khaled dalam kita mengharungi perjuangan merempuh Jahiliyah abad ini:

"Sesungguhnya hari-hari kita ini, di mana kita berjuang meruntuhkan jahiliyah abad 21 untuk memulai kehidupan Islam yang baru adalah hari-hari Allah.  Hari-hari ini sangat menentukan hari yang akan datang.  Sesungguhnya tidak layak bagi seorang da'iy terseret dengan fitnah yang membawanya kepada kesombongan dan merasa lebih tinggi daripada sahabatnya.  Begitu juga tidak pantas bagi para da'iy membiarkan fitnah itu menyeret mereka menentang dan memusuhi pimpinan yang telah dibai'ah."

Sehubungan dengan ini Imam Hasan AlBanna pernah menyatakan, sepertimana yang dipetik dari majalah AlDa'awah bil. 50:

"Sesungguhnya keikhlasan adalah punca kejayaan meraih matlamat.  Sesungguhnya di tangan Allah ketentuan segala urusan.  Sesungguhnya AlSabiqun AlAwwalun yang mulia tidaklah meraih kemenangan kecuali dengan kekuatan iman, kesucian jiwa, kecerdasan diri, keikhlasan hati, serta bertindak atas dasar 'aqidah dan keredhaan.  Mereka menjadikan segala sesuatu selaras dengannya sehingga jiwa mereka sebati dengan 'aqidah mereka, dan 'aqidah mereka sebati dalam diri mereka.  Mereka adalah fikrah dan fikrah adalah mereka. 

Jika saudara juga mahu seperti mereka maka berfikirlah, semoga Allah mengilhamkan sudara dengan keterpimpinan dan kebenaran, dan ketahuilah hanya Allah yang menguatkan kamu dengan kekuatan dan kejayaan...  Namun andainya ada di kalangan kamu yang ada penyakit dalam hatinya, tercemar niat dan tujuannya, menyembunyikan cita-cita tertentu, atau sekadar membalas dendam lama, maka keluarkanlah dia dari barisan saudara, kerana dia adalah penghalang yang mendinding kita dari meraih rahmat Allah dan taufiqNya!"

 
 
MUHASABAH HARIAN | HUBUNGI KAMI | WEBMASTER | DISCLAIMER