Generasi kita sedang berada pada tahap penting dan genting dari umur da'awah Islamiyyah setelah musuh-musuh Allah berkonspirasi menyerang Islam dan kaum muslimin serta menjatuhkan kerajaan dan khilafah mereka.  Ini berlaku lantaran umat Islam menjauhkan diri dari hakikat agama mereka serta sibuk dibuai keduniaan yang melemahkan kekuatan mereka sehingga musuh yang tamak terlalu berani mengganyang mereka....                                                           - AlMarhum Ustaz Mustofa Masyhur

Khas untuk:
Ikhwah/Akhowat

   dari sahabatmu:
Akhukumfillah

DAFTAR LAMAN

ALQURAN

ALHADITH

WIRID & DO'A

WASIAT MUSTOFA

PUSTAKA DA'IY

KHIDMAT TARBAWI

EHWAL UMMAH SEMASA

FATWA

ULAMA' MU'TABAR

NASYID ISLAM

ARKIB IFTITAHIYAT

HUBUNGI KAMI

KE LAMAN UTAMA

TAUTAN 'AALAMI

ARTIKEL HALUAN

RISALAH FIKRAH I

RISALAH FIKRAH II

WAHAIDIRI

ALQAYYIM

LAMAN RESMI IKHWAN

ALIKHWAN ALMUSLIMUN

ALSHBKH ALIKHWANYYAH

JAMA'AT ISLAMY

IKHWAN MUSLIMUN

KATAIB ALQASSAM

ALBANNA NET

NAFIZAH MISRY

ALNOOR

ISLAM ONLINE

AL-ISLAM.COM

PARTI KEADILAN INDONESIA

KEMBALI BERSAMA ISLAM

ZAADUL-'AAMILEEN

BOIKOT BARANGAN ZIONIS

 

IFTITAH 13

Assalamu 'alykum wr wb,

Alhamdulillah, segala puji-pujian kita persembahkan kepada Allah swt kerana atas limpahan kurnia dan rahmatNya kita dapat bersua lagi setelah 2 atau 3 minggu tidak dikemaskinikan.

Iftitah kali ini memetik kata-kata AlMarhum Ustaz Mustofa Masyhur yang telah mengungkap kembali kata-kata Imam AsSyahid Hasan AlBanna dalam menyifatkan betapa kecilnya pusingan kitaran kuantiti orang-orang yang beriman, ber'amal dan istiqamah di atas jalan da'awah yang menjejaki manhaj nabawi.  Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan mereka yang sedikit itu, insya'Allah.

Mustawa dan Masuliyah Kita

Jika kita perhatikan masyarakat manusia masa kini, kita dapati semuanya berada dalam kesesatan kecuali para muslimin yang berpegang dengan 'aqidah tauhid yang sejahtera yang diterima Allah. Daripada kalangan ini kita dapati amat sedikit sekali yang benar-benar faham tentang Islam dengan kefahaman yang sohih, syumul dan bersih sepertimana yang dibawa oleh Rasulullah saw dan para Salaf AsSoleh.

Manakala dari kalangan mereka yang faham ini, bilangan mereka yang ber'amal dengan kefahaman yang sohih itu pula amatlah sedikit daripada bilangan yang sememangnya telah sedikit itu.  Seterusnya bilangan mereka yang tetap tabah dan istiqamah dari kalangan yang ber'amal itu, dan sanggup pula menanggung masuliyah serta taklif 'amal Islami lagi sabar meredah kepayahan perjuangan, amatlah sedikit sekali daripada bilangan yang telah sedia amat sedikit itu.

Demikianlah kita dapati betapa sempit, kecil dan terbatasnya pusingan orang-orang yang beriman, namun dengan cara itu sahajalah akan terangkat darjat-darjat mereka ke satu martabat yang tinggi. Ketiggian dan kemuliaan ini bukanlah sanggar sanjung yang meluapkan riya' dan 'ujub, sebaliknya ketinggian dan 'izzah itu merupakan manifestasi kepada satu tanggungjawab/masuliyah yang berat untuk dipikul.  Masuliyah yang besar dan berat itu ialah tanggungjawab mengajak dan membimbing manusia kepada Islam yang syumul sebagai manhaj kehidupan.  

Ikhwah dan akhowat, siapa lagi jika tidak kita yang akan menyambut tanggungjawab yang berat ini!  Adakah kita mengharapkan orang-orang Islam yang tidak memahami Islam dengan kefahaman yang sohih untuk menerima dan memikul masuliyah ini?  Atau kita mengharapkan mereka yang faham tetapi tidak ber'amal untuk melaksanakan masuliyah ini? Atau kita masih memberi harapan kepada mereka yang faham dan ber'amal tetapi tidak tetap tabah menanggung beban taklif 'amal Islami dan segala keperitan di atas jalannya melakukan tanggungjawab ini?

Samasekali tidak mungkin mereka berkesanggupan melakukannya kecuali barisan muslimin yang faham, ber'amal serta tetap tabah di atas jalan 'amal mereka.

Fenomena sedikitnya bilangan mereka yang faham,ber'amal dan tabah ini dalam keadaan kita berdepan dengan taufan kesesatan yang hebat tidak akan menyebabkan kita berputus asa atau kecewa.  Apa yang kita persoalkan bukan bilangannya.  Soalnya ialah antara yang haq dan yang batil.

Begitulah Rasulullah saw bersama-sama dengan bilangan yang sedikit dari kalangan mukmin Makkah bergerak di tengah-tengah kaum musyrikin yang menyembah berhala, kekuasaan Rome yang menyeleweng serta puak Yahudi yang dengki dan irihati.  Dalam situasi sedemikian angkatan muslimin masih mampu untuk menang sehingga bersihlah Semenanjung Arab dari berhala dan kaum musyrikin, telah diterokai Parsi, telah dikalahkan kerajaan Rome dan telah tersekat segala tipu helah Yahudi.  Demikianlah tersebarnya cahaya al-haq dan musnahnya segala bentuk kezaliman.