ANTARA WASIAT SHEIKH MUSTOFA 
 ke arah menjana  matlamat ukhrawi

KATA SATU                                                       
  • Setiap anggota jama'ah hendaklah menanam syu'uur saling berkasih-sayang dengan saudaranya dalam ertikata mahabbah & ukhwah kerana ALLAH, yang mengikat hati-hati/jiwa-jiwa dengan ikatan 'aqidah - yang merupakan sekuat-kuat ikatan dan yang paling berharga. 

  • Ketahuilah bahawa kesatuan itu lambang kekuatan dan tidak ada kesatuan tanpa kasih-sayang.  Minima syu'uur mahabbah kita ialah berlapang dada/berbaik sangka (husn alzonn) dan yang maksimanya al-ithar, yang mana ia memandang sahabat-sahabatnya lebih utama dari dirinya sendiri.  Justru seandainya ia tidak bersama mereka sekali-kali ia tidak akan bersama orang lain dan mereka jika tidak bersamanya akan bersama orang lain. 

  • Sesungguhnya serigala sering memakan kambing yang terpisah jauh dari kengkawannya dan sesungguhnya antara seorang mukmin dengan saudara mukminnya yang lain ibarat binaan yang saling menguatkan.

  • Sedarilah bahawa syaitan dan kuncu-kuncunya amat marah dengan kesatuan dan kasih-sayang antara mereka yang bekerja untuk Islam lalu dicuba dengan sedaya upaya untuk memusnahkan kesatuan dan kasih-sayang ini.

  • Awasilah perkara ini benar-benar,dan sesungguhnya kecuaian dalam hubungan ukhwah & mahabbah dikira satu penolakan terhadap rukun ukhwah dalam bai'ah.

  • Jagalah kelapangan dada serta jauhilah dari mengumpat dan mencela bahkan jangan menggalakkannya dengan cara mendengar dari orang lain.  Nasihatilah orang lain supaya tidak jatuh ke dalamnya.

KATA DUA                                                                                                                      KATA TIGA