WASIAT MUSTOFA

compiled and edited by
Akhukumfillah
     
 

Akhi/Ukhti yang dimuliakan,

Almarhum Ustaz Mustofa Masyhur dilahirkan pada 15 September 1921 di desa Sa'adyyain, Mesir.  Bapanya, Sheikh Masyhur, seorang yang berpegang teguh dengan ajaran Islam, hafiz AlQuran dan sering berulang alik ke masjid.  Semasa kecil Mustofa sangat rapat dengan bapanya dan dia amat menyayangi Mustofa.  Pernah ketika dia melihat Mustofa banyak meluangkan masanya di masjid membaca AlQuran, bapanya berkata, "ayah merasai bahawa Allah lebih mengasihimu daripada ayah... berdo'alah untuk ayah wahai Mustofa".

Begitulah Ustaz Mustofa, hatinya sentiasa terikat dengan masjid sejak zaman kanak-kanaknya lagi.  Setelah usai menunaikan solah Maghrib berjama'ah di masjid kampungnya beliau beri'tikaf membaca AlQuran sehinggalah waktu 'Isya'.  

Pada tahun 1942, Ustaz Mustofa memperolehi ijazah sarjana muda sains dari Universiti Kaherah.  Mula berkenalan dengan Jama'ah (Ikhwan) pada tahun 1936.  Beliau pernah dipenjara hampir 20 tahun kerana perjuangan da'awahnya bersama Ikhwan Muslimun.  Dilantik menjadi Murshid 'Am yang kelima menggantikan Abdul Hamid Abu Nasr yang mendahului beliau pergi menemui Rabbnya meninggalkan dunia yang fana ini.  Pada tanggal 06 November, 2002 yang lalu Ustaz Mustofa Masyhur pula pergi meninggalkan kita mewarithkan tanggungjawab da'awah, tarbiyyah dan jihad untuk disambut dan diteruskan oleh mereka yang seperjuangan dengannya.

Sebagai anak didik Imam Ashaheed AlBanna beliau meninggalkan karya-karya penulisan dan ucapan-capan yang sungguh bernilai dan bermakna buat para du'aah dan murabbi yang hidup berkhidmat di atas jalan da'awah.  Oleh itu laman ini memuatkan petikan-petikan ucapan dan tulisan beliau sebagai panduan kita bersama.  Moga ia memanfaatkan kita, insya'Allah.

     
Powered by Tripod                                                                       Developed by Akhukumfillah
 

 
 

 

         KATA SATU
         KATA DUA
         KATA TIGA
         KATA EMPAT
         KATA LIMA
         KATA ENAM
         KATA TUJUH
         KATA LAPAN