ANTARA WASIAT SHEIKH MUSTOFA 
 ke arah menjana  matlamat ukhrawi


  KATA TIGA   
  • Setiap akh yang bekerja dalam jama'ah hendaklah mengambil berat untuk menyempurnakan thiqqah antara beliau dan pimpinannya. 

  • Sekadar mana darjat saling thiqqah antara pimpinan & pengikutnya setakat itulah kekuatan tanzim jama'ah, kesejahteraan binaannya dan kekuatan perancangannya untuk sampai kepada matlamat - mengatasi segala kesusahan dan kepenatan serta melepasi segala rintangan.  

  • Musuh-musuh Islam banyak sekali mendatangi atau berselindung di sebalik sesuatu kelemahan untuk memusnahkan thiqqah dengan cara membibitkan keraguan serta mereka-rekakan tuduhan palsu.  Setiap akh janganlah sekali-kali mengharuskan percubaan ini sebaliknya hendaklah mengukuhkan hubungan dengan pimpinan mereka dengan rasa saling bertanggungjawab terhadap implikasi dan akibat yang mungkin timbul.  Masuliah hendaklah dipertahankan kerana ia lambang jama'ah.

  • Antara yang paling utama ialah jangan sampai terkeluar dari lidah mana-mana al-akh kata-kata yang melukakan pimpinannya dalam soff jama'ah.  Ini tidak bererti menghalang al-akh dari menzahirkan peringatan, nasihat, teguran dan kritik yang membina secara berterus terang atau melalui saluran yang diizinkan atas niat untuk kebaikan dan pembaikan.                                                        

       KATA EMPAT                                                                                    LAMAN UTAMA