ULASAN BUKU

"Nations are about to scheme against the Muslims in the same way as greedy eaters vie with one another on the dining-table"


'Strategi Musuh Menentang Islam'
Dr. Sa'aduddin AlSyyid Soleh
Tutor Jabatan 'Aqidah & Falsafah
Universiti AlAzhar, Qahirah.

Ketika cahaya Islam menerangi seluruh pelusuk dunia melalui seorang rasul yang agung, seluruh jiwa insan memperoleh nur hidayah (petunjuk) dan nur sa’adah (kebahagiaan). Musuh-musuh Islam merasa gerun bila berhadapan dengan umat Islam, bukan kerana kezalimannya tetapi kerana kewibawaan dan keteguhan aqidah yang tersemat di dalam kalbu setiap umat Islam. Umat Islam ketika itu menghadapkan segala aktiviti kehidupannya hanya kepada AIlah SWT semata-mata.

Ketika ini umat Islam mulai dipandang sebelah mata oleh musuh-musuh Islam, bukan kerana jumlah yang sedikit, tetapi kerana umat Islam telah mulai membuang aqidah islamiyah dari dalam dirinya. Musuh-musuh Islam sentiasa ingin menjatuhkan kita ke lembah kehinaan. Berbagai strategi mereka lakukan, setelah tidak berhasil melalui penjajahan fizikal dan peperangan, mereka berusaha menjajah pemikiran umat Islam dan dunia seluruhnya. Sedarlah wahai umat Islam bahawa aqidah dan negara kita sedang diporak-perandakan oleh musuh-musuh Islam.

Untuk menerokai dan memahami rentetan permasalahan umat yang kini di ambang penyembelihan serta penghapusan identiti oleh musuh Yahudi dan Nasrani, setiap muslim yang sedar dan insaf mesti menguasai kandungan buku  'Strategi Musuh Menentang Islam' karangan Dr. Sa'aduddin AlSyyid Soleh.  Dr. Sa'aduddin ialah seorang tutor Jabatan 'Aqidah & Falsafah, Universiti AlAzhar.  

Beliau telah mengupas dengan panjang lebar selok-belok serta sepak terajang Kristian Salib Antarabangsa, Zionis, Komunis dan Atheis serta kaum pagan dalam bukunya 'Strategi Musuh Menentang Islam'.  Buku yang setebal 460 muka ini dapat membuka tabir strategi keji yang dilakukan oleh musuh-musuh terhadap umat Islam. Semoga ianya dapat menyedarkan kita tentang ancaman musuh terhadap umat Islam masa kini, insya Allah.

Penterjemah: Ustaz Basri Ibrahim

Penerbit: Darul Nu'man, Kuala Lumpur

Pengedar: Erfan Hj M. A. Ghani, Kuala Lumpur.

MESTI DIMILIKI 

 

MESTI DIPERANGI

 


BACK TO MAIN PAGE

Powered by Tripod Developed by Akhukumfillah