|
KOLEKSI HADITH-HADITH DA'AWAH |
||
HADITH KEEMPAT |
الحديث الرابعة |
||
Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda ketika peperangan Khaibar: Aku akan berikan bendera
ini kepada seorang lelaki, dengan tangannyalah Allah akan memberi kemenangan,
yang mencintai Allah dan RasulNya dan dicintai Allah dan RasulNya. Semalaman
orang ramai berbicara siapakah yang akan diberi bendera oleh Rasulullah s.a.w.
Keesokan harinya mereka pergi mendapatkan Rasulullah s.a.w dan berharap supaya
Rasulullah s.a.w memberi bendera itu kepada mereka. Rasulullah s.a.w bertanya:
Di manakah Ali? Mereka menjawab: Beliau, wahai Rasulullah,
tetapi matanya sakit. Kemudian mereka pergi mendapatkan Ali dan membawanya
kepada Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w meludah ke dalam matanya serta
berdoa untuknya. Setelah itu mata Ali terus sembuh seperti sebelumnya, lalu
Rasulullah s.a.w memberikan bendera itu kepadanya. Ali berkata: Wahai
Rasulullah! Aku akan memerangi mereka sehinggalah mereka seperti kita.
Rasulullah s.a.w bersabda: Lakukan dengan berhati-hati sehingga kamu sampai ke
wilayah mereka, kemudian serulah mereka pada agama Islam dan beritahu mereka
tentang kewajipan mereka terhadap hak Allah. Demi Allah, sekiranya seseorang
lelaki diberi petunjuk oleh Allah kerana kamu, adalah lebih baik bagimu
daripada memiliki beberapa ekor kaldai. |
|