-
Setiap
anggota jama'ah hendaklah menanam syu'uur saling berkasih-sayang dengan
saudaranya dalam ertikata mahabbah & ukhwah kerana ALLAH, yang
mengikat hati-hati/jiwa-jiwa dengan ikatan 'aqidah - yang merupakan
sekuat-kuat ikatan dan yang paling berharga.
-
Ketahuilah
bahawa kesatuan itu lambang kekuatan dan tidak ada kesatuan tanpa
kasih-sayang. Minima syu'uur mahabbah kita ialah berlapang dada/berbaik
sangka (husn alzonn) dan yang maksimanya al-ithar, yang mana ia
memandang sahabat-sahabatnya lebih utama dari dirinya sendiri.
Justeru seandainya seseorang itu tidak bersama mereka sekali-kali ia
tidak akan bersama orang lain dan mereka jika tidak bersamanya akan
bersama orang lain.
-
Sesungguhnya
serigala sering memakan kambing yang terpisah jauh dari kengkawannya dan
sesungguhnya antara seorang mukmin dengan saudara mukminnya yang lain
ibarat binaan yang saling menguatkan.
-
Sedarilah
bahawa syaitan dan kuncu-kuncunya amat marah dengan kesatuan dan
kasih-sayang antara mereka yang bekerja untuk Islam lalu dicuba dengan
sedaya upaya untuk memusnahkan kesatuan dan kasih-sayang ini.
-
Awasilah
perkara ini benar-benar,dan sesungguhnya kecuaian dalam hubungan ukhwah
& mahabbah dikira satu penolakan terhadap rukun ukhwah dalam bai'ah.
-
Jagalah
kelapangan dada serta jauhilah dari mengumpat dan mencela bahkan jangan
menggalakkannya dengan cara mendengar dari orang lain. Nasihatilah
orang lain supaya tidak jatuh ke dalamnya.