|
|
|
KATA
TIGA
Setiap
akh yang bekerja dalam jama'ah hendaklah mengambil berat untuk
menyempurnakan thiqqah antara beliau dan pimpinannya.
Sekadar
mana darjat saling thiqqah antara pimpinan & pengikutnya setakat
itulah kekuatan tanzim jama'ah, kesejahteraan binaannya dan kekuatan
perancangannya untuk sampai kepada matlamat - mengatasi segala kesusahan
dan kepenatan serta melepasi segala rintangan.
Musuh-musuh
Islam banyak sekali mendatangi atau berselindung di sebalik sesuatu
kelemahan untuk memusnahkan thiqqah dengan cara membibitkan keraguan
serta mereka-rekakan tuduhan palsu. Setiap akh janganlah sekali-kali
mengharuskan percubaan ini sebaliknya hendaklah mengukuhkan hubungan
dengan pimpinan mereka dengan rasa saling bertanggungjawab terhadap
implikasi dan akibat yang mungkin timbul. Masuliah hendaklah
dipertahankan kerana ia lambang jama'ah.
Antara
yang paling utama ialah jangan sampai terkeluar dari lidah mana-mana al-akh
kata-kata yang melukakan pimpinannya dalam soff jama'ah. Ini tidak
bererti menghalang al-akh dari menzahirkan peringatan, nasihat, teguran
dan kritik yang membina secara berterus terang atau melalui saluran yang
diizinkan atas niat untuk kebaikan dan pembaikan.
KATA
EMPAT
LAMAN UTAMA
|