|
|
|
KATA ENAM
-
Hendaklah al-akh itu mengenali segala bentuk
marhalah dan tuntutannya yang dilalui oleh da'awah Islam kebelakangan
ini. Ini kerana musuh-musuh Islam telah melakukan komplot
dan konspirasi menentang Islam, menguasai negara mereka dan menjatuhkan
Syari`at Islam dari pemerintahan, menjatuhkan kerajaan dan khilafah,
memerangi bangsa-bangsa yang menganut Islam dengan berbagai cara kerosakan,
keruntuhan, kelemahan dan perpecahan. Musuh-musuh Islam akan merasa senang
dengan orang-orang Islam sekiranya mereka tunduk menerima perancangan musuh.
Sejarah telah menyaksikan bagaimana mereka mencipta kuncu-kuncu yang setia
kepada mereka yang akan melaksanakan perancangan mereka di negara Islam
selepas tentera-tentera Islam berjaya mengeluarkan mereka dengan darah para
syuhada'nya. Mereka telah melahirkan sayap-sayap gerakan Zionis sebagai
barah dalam nadi pemerintahan negara-negara umat Islam.
KATA
LIMA
LAMAN UTAMA
|