Ehwal Kita Semasa
« April 2004 »
S M T W T F S
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
BENCANA PAKISTAN
Berita panssssssss!!! PLK
Blackmail Campaign
Buying Used Car
DILEMA MELAYU MENARA GADI
HOSPITAL ISLAM
How important is language
KEBIMBANGAN KRISTIAN
Laporan Harian MKA1
Nikmat Ukhwah
PIRAMID YANG KUKUH ATAU K
TEGAKKANLAH RUMAH TANGGA
Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
Thursday, 15 April 2004
KFC & KITA?
From: "Ukhti-Yang-Musykil" (u__cyber@hotmail.com)
To: akhukumfillah@easypeasy.com
Subject: pertanyaan
Date: Sat 04/10/04 12:20 AM

Assalamualaikum,

Kalau boleh saya cuma nak confirmkan saja ttg satu perkara. Dalam web boycott israel campaign, takda pula diletakkan KFC sekali di situ....cuma nak tanya, mmg KFC tidak terlibat sekali ke? Bukannya apa, kebetulan dulu saya mmg penggemar KFC, tapi saya stop lepas dengar ura2 kata dia pun contribute to israel. Dan saya lihat KFC tak dilabelkan sekali dalam boycott campaign. Jadi saya harap sekiranya ada jawapan silalah berikan. Jzkk, wslm.

JAWAPAN:

KFC memang tidak tersenarai dalam rekod 'Boycot Israel Campaign'tapi ia adalah 'franchise' kepada syarikat induk di US. Memandangkan kepada ankara US memusuhi negara-negara umat Islam seperti Iraq serta bersekongkol dengan regim Tel Aviv seboleh-bolehnya kita elakkan dari menggunakan barangan Amerika. Saya sendiri memulau semua barangan US selain dari AMD computer processor dan Tripod web service kerana tiada alternatif lain. Di samping itu ada beberapa aspek lain yang menyebabkan seorang da'iy/da'iyah seeloknya tidak berulang-alik ke KFC.

1- Difahamkan ada bahan dalam resepi KFC yang diimpot khas dari USA yang kita tidak tahu apa kandungannya. Ini termasuk dalam kategori shubhah yang meragukan kita tentang halal/haramnya.

2- Pernah JAKIM menarik balik tanda 'HALAL'nya dari KFC. Saya tidak tahu apa kedudukannya sekarang dalam hal ini.

3- Sejauhmanakah Ayamas (pembekal ayam kepada KFC) pekerjanya meyembelih beribu-ribu ekor ayam dalam satu hari dengan penuh menjaga adab dan syarat penyembelihan Islam. Saya pernah perhatikan di pasar pun tukang sembelih menyembelih ayam-ayamnya sambil berdiri tegak tidak berbaju sambil rancak bercakap-cakap/berbual-bual dengan rakan sekerjanya, masa bila dia baca bismillah???

4- Makan di 'fastfood chains' adalah gayahidup yang cuba diekspotkan oleh US ke seluruh dunia. Inilah gayahidup kebanyakan orang biasa sekarang samada tua atau muda, Melayu, Cina mau pun India. Tapi ini tidak menyebabkan makan di KFC menjadi haram di sisi syara'. Namun kita hampir tidak pernah terserempak dengan para ustaz/imam/mufti yang bersongkok putih atau berjubah, ustazah bertudung labuh sering berulang-alik ke KFC. Yang selalu kita nampak ialah yang memakai 'cap' jika lelaki atau bertudung segitiga dan ber'T'-shirt lengan pendek di samping memakai jeans ketat/sendat jika perempuan. Yang lebih teruk dari itu pun ada.

Sebagai da'iy/da'iyah yang tinggi hubungan hatinya dengan Allah swt, kita memiliki syakhsiyah rupadiri yang jauh lebih baik dari orang biasa. Tidak nampak canggung sekiranya kita makan di restoran atau warung biasa berbanding dengan 'fastfood chains' seperti KFC, McDonald, Coffee Bean dan sebagainya. Apatah lagi kita amat meragui bahan-bahan yang ditambah kedalam resepi mereka.

Dalam konteks menjaga syubhah dan syakhsiyah rupadiri di Mesir, anggota Ikhwan seboleh-bolehnya tidak melalui jalan-jalan yang popular dengan sarang-sarang maksiat dan mereka tidak meletakkan kenderaan mereka di hadapan pawagam, kedai arak dan judi. Ini supaya tidak timbul salah tafsir orang ramai (mad'uu) terhadap keperibadian mereka. Di sini saya tidak maksudkan KFC sama dengan pawagam, kedai arak dan judi, cuma sekadar langkah lebih berhati-hati dalam kita membawa keperibadian ummah (shakhsiyah ma'anawiyah jama'ah).

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Seorang hamba tidak akan mencapai darjat muttaqin sehinggalah dia meninggalkan perkara yang tidak salah (harus)kerana takut terjatuh ke dalam perkara yang salah (haram)."
(Hadith riwayat AlTirmizi, Ibn Majah dan AlHakim. AlTirmizi berkata hadith ini hasan.)

Ungkapan yang masyhur di kalangan para solihin:
"Hasanat-ul-abrar sayyiat-ul-muqarrabin" yang bermaksud, "Perkara-perkara yang dipandang baik bagi golongan abrar dipandang sebagai buruk (tidak baik)di kalangan para muqarrabin".

Bagaimanapun kandungan jawapan ini ditujukan khusus kepada para da'iy/da'iyah yang telah melalui proses tarbiyah sehingga jiwanya bersedia melaksanakan yang terbaik untuk dirinya pada kacamata syara'.

Kepada orang awam biasa atau mad'uu baru memadai kita beri jawapan 1, 2 dan 3 sahaja. Sekiranya mereka tidak bersetuju kita tidak boleh menjatuhkan fatwa haram makan di KFC kerana kita tidak mempunyai bukti-bukti yang jelas haram atau halalnya. Bagi kita ianya syubhah melainkan ada antara kita yang mempunyai maklumat terperinci dan pasti tentang halal atau haramnya.

Akhukumfillah.

Posted by tarbawi at 10:21 AM JST
Updated: Friday, 16 April 2004 9:59 AM JST
Post Comment | Permalink

View Latest Entries