Generasi kita sedang berada pada tahap penting dan genting dari umur da'awah Islamiyyah setelah musuh-musuh Allah berkonspirasi menyerang Islam dan kaum muslimin serta menjatuhkan kerajaan dan khilafah mereka.  Ini berlaku lantaran umat Islam menjauhkan diri dari hakikat agama mereka serta sibuk dibuai keduniaan yang melemahkan kekuatan mereka sehingga musuh yang tamak terlalu berani mengganyang mereka....                                                           - AlMarhum Ustaz Mustofa Masyhur

Khas untuk:
Ikhwah/Akhowat

   dari sahabatmu:
Akhukumfillah

DAFTAR LAMAN

ALQURAN

ALHADITH

WIRID & DO'A

WASIAT MUSTOFA

PUSTAKA DA'IY

KHIDMAT TARBAWI

EHWAL UMMAH SEMASA

FATWA

ULAMA' MU'TABAR

NASYID ISLAM

ARKIB IFTITAHIYAT

HUBUNGI KAMI

KE LAMAN UTAMA

TAUTAN 'AALAMI

ARTIKEL HALUAN

RISALAH FIKRAH I

RISALAH FIKRAH II

WAHAIDIRI

ALQAYYIM

LAMAN RESMI IKHWAN

ALIKHWAN ALMUSLIMUN

ALSHBKH ALIKHWANYYAH

JAMA'AT ISLAMY

IKHWAN MUSLIMUN

KATAIB ALQASSAM

ALBANNA NET

NAFIZAH MISRY

ALNOOR

ISLAM ONLINE

AL-ISLAM.COM

PARTI KEADILAN INDONESIA

KEMBALI BERSAMA ISLAM

ZAADUL-'AAMILEEN

BOIKOT BARANGAN ZIONIS

IFTITAH 11

Assalamu 'alykum wr wb,

Alhamdulillah, segala puji-pujian kita persembahkan kepada Allah swt kerana atas limpahan kurnia dan rahmatNya kita dapat bersua lagi di laman ringkas ini.

Dalam iftitah yang lalu kita telah membicarakan tentang betapa pentingnya keikhlasan hati dalam kita mengharungi simpang siur 'amal Islami.  Dan antara objektif tarbiyah Islamiyah ialah untuk melahirkan jiwa-jiwa yang ikhlas dengan Rabbnya di samping minda yang memahami fikrah Islam sebenar.  Gabungan antara kefahaman dan keikhlasan akan membangkitkan semangat dan syu'ur berjuang dan ber'amal untuk Islam.

Kita akan sekali lagi memberi fokus bicara kita kepada aspek tarbiyah dan kali ini marilah kita mengulangkaji tentang apakah yang dimaksudkan dengan Manhaj Tarbiyah Islamiyah.

Manhaj Tarbiyah Islamiyah

Islam telah melakarkan manhaj tarbawi yang menyatukan aqidah terlebih dahulu sebelum penyatuan tandzim dan 'amal.  Ini kerana penyatuan perasaan mendahului penyatuan undang-undang dan tandzim.  Pengertian yang agung dan mulia ini jelas kelihatan dalam setiap cabang 'amal Islami.

Telah menjadi lumrah manusia untuk cenderung melihat kepada zahir atau bentuk luaran sesuatu da'awah.  Basirah mereka tidak nampak aspek cetusan minda dan inspirasi ruh yang menjadi punca tenaga, sumber kekuatan dan faktor penentu kejayaan.  Hampir mustahil sesuatu umat bisa bangun tanpa kesedaran dan kekuatan jiwa.    

Firman Allah swt:

Åöäøó Çááåó áÇ íõÛóíøöÑõ ãóÇ ÈöÞóæúãò ÍóÊøóì íõÛóíøöÑõæÇú ãóÇ ÈöÃóäúÝõÓöåöãú

"Sesungguhnya Allah tidak merobah apa yang ada pada sesuatu kaum sehinggalah mereka merobah apa yang ada pada diri mereka."       

                                                                          (AlRa'adu: 11)  

Justru itu, penekanan utama da'awah kita ialah usaha memberi kesedaran (æóÚúíñ) dan menghidupkan akal pemikiran, hati, perasaan dan jiwa.  Kita mahukan jiwa yang hidup, hati yang sentiasa segar, perasaan yang bersemangat, akal pemikiran yang faham, ruh yang bercita-cita besar untuk mencapai idealisme dan objektif yang tinggi.  Ini semua kerana kita mencontohi da'awah pertama, da'awah di madrasah Rasulillah saw.  Tasowwur kita mestilah dirujukkan kepada tasowwur da'awah Rasulillah saw yang penuh dengan limpahan cahaya wahyu itu.

Sesungguhnya Rasulullah saw telah menyemai benih-benih iman ke dalam hati para sahabat r.a., iman terhadap keagungan risalah, rasa mulia dengan menganutnya serta rasa yakin dengan pertolongan Allah swt.  Baginda menghidupkan syu'ur-syu'ur sebegini dalam hati para sahabat serta melakarkan matlamat-matlamat yang hendak mereka tuju dalam kehidupan ini.  Dari sini mereka bangun bersama risalah yang tersemat di dada dan mushaf mereka, kedua-duanya terjelma pada akhlak dan tingkah laku mereka.  Maka terbinalah satu prestasi yang menjunjung nilai-nilai murni dan tamaddun akhlak yang agung. 

Atas kesedaran ini kekuatan dorongan hati dan kesedaran ruh yang melimpahi jiwa insan akan menjadi fokus da'awah kita.  Kesedaran dan dorongan hati ini seharusnya membekaskan kesan 'amali dalam kehidupan mereka.  Proses ini akan membangkitkan gerak 'amal seseorang individu yang terdidik dan diikuti dengan 'amal di peringkat keluarga dan masyarakat.  (bersambung)

 
 
MUHASABAH HARIAN | HUBUNGI KAMI | WEBMASTER | DISCLAIMER