Akhi/Ukhti
yang dimuliakan, Almarhum
Ustaz Mustofa Masyhur dilahirkan pada 15 September
1921 di desa Sa'adyyain, Mesir. Bapanya, Sheikh
Masyhur, seorang yang berpegang teguh dengan ajaran
Islam, hafiz AlQuran dan sering berulang
alik ke masjid. Semasa kecil Mustofa sangat
rapat dengan bapanya dan dia amat menyayangi Mustofa.
Pernah ketika dia melihat Mustofa banyak meluangkan
masanya di masjid membaca AlQuran, bapanya berkata,
"ayah merasai bahawa Allah lebih mengasihimu
daripada ayah... berdo'alah untuk ayah wahai
Mustofa".
Begitulah
Ustaz Mustofa, hatinya sentiasa terikat dengan masjid
sejak zaman kanak-kanaknya lagi. Setelah
usai menunaikan solah Maghrib berjama'ah di
masjid kampungnya beliau beri'tikaf membaca AlQuran
sehinggalah waktu 'Isya'.
Pada
tahun 1942, Ustaz Mustofa memperolehi ijazah sarjana
muda sains dari Universiti Kaherah. Mula berkenalan
dengan Jama'ah (Ikhwan) pada tahun 1936. Beliau
pernah dipenjara hampir 20 tahun kerana perjuangan
da'awahnya bersama Ikhwan Muslimun. Dilantik
menjadi Murshid 'Am yang kelima menggantikan Abdul
Hamid Abu Nasr yang mendahului beliau pergi menemui
Rabbnya meninggalkan dunia yang fana ini. Pada
tanggal 06 November, 2002 yang lalu Ustaz Mustofa
Masyhur pula pergi meninggalkan kita mewarithkan
tanggungjawab da'awah, tarbiyyah dan jihad untuk
disambut dan diteruskan oleh mereka yang seperjuangan
dengannya.
Sebagai
anak didik Imam Ashaheed AlBanna beliau meninggalkan
karya-karya penulisan dan ucapan-capan yang sungguh
bernilai dan bermakna buat para du'aah dan murabbi
yang hidup berkhidmat di atas jalan da'awah. Oleh
itu laman ini memuatkan petikan-petikan ucapan dan
tulisan beliau sebagai panduan kita bersama. Moga
ia memanfaatkan kita, insya'Allah.
|