Generasi kita sedang berada pada tahap penting dan genting dari umur da'awah Islamiyyah setelah musuh-musuh Allah berkonspirasi menyerang Islam dan kaum muslimin serta menjatuhkan kerajaan dan khilafah mereka.  Ini berlaku lantaran umat Islam menjauhkan diri dari hakikat agama mereka serta sibuk dibuai keduniaan yang melemahkan kekuatan mereka sehingga musuh yang tamak terlalu berani mengganyang mereka....

                                                                                  - AlMarhum Ustaz Mustofa Masyhur

GEMA ALBANNA

"Kita mahu selepas ini untuk mengembalikan panji-panji Allah berkibar di pelusuk ini yang pernah mengecapi nikmat Islam suatu ketika dahulu di mana telah bergema suara muazzin dengan takbir dan tahlil; kemudian dikehendaki baginya kesusahan sehingga hilang darinya cahaya Islam lalu kembali kepada kekufuran selepas Islam. Andalus, Sicili, Balkan, Selatan Itali dan kepulauan-kepulauan di Laut Rom, semuanya adalah jajahan Islam yang mesti dikembalikan ke pangkuan Islam. Mesti dikembalikan Laut Putih dan Laut Merah, dua lautan Islam sebagaimana sebelumnya.
      - Imam Hasan AlBanna

 AlQuran
 Mendidik Jiwa

    dari sahabatmu:
Akhukumfillah

ALQURAN

 

Akhi/Ukhti yang dimuliakan,

AlQuran ialah kalam Allah yang bermu'jizat yang ditanzilkan secara keseluruhannya dari Lauh Mahfuz ke langit dunia di Byt AlIzzah pada malam AlQadr di bulan Romadhan yang penuh barokah.  Dari sini ia dibawa oleh syyidina Jibril as, atas arahan dari Tuhannya, Allah Rabb AlJalil, supaya disampaikan kepada hati baginda RasululNya, Muhammad saw, secara berperingkat-peringkat untuk dibacakan ayat-ayatnya, diajarkan kandungan kitab mulia itu dan hikmahnya, dan untuk dibersihkan jiwa-jiwa yang ikhlas menerima serta berinteraksi dengannya. Justeru kandungan AlQuran dapat diperjelaskan kepada manusia berhubung dengan semua perkara dasar dan pokok agar mereka kembali memperhambakan diri hanya sanya kepada Allah swt dengan 'ubudiyyah yang sohih berpaksikan 'aqidah tauhid yang sejahtera berteraskan prinsip لآاله إلا الله.

Lantaran itu AlQuran merupakan rujukan utama dan pertama sebagai sumber petunjuk dan hidayah, didikan dan panduan, pengajaran dan i'tibar serta perlembagaan dalam kehidupan setiap muslim mu'min sama ada sebagai individu mau pun sebagai masyarakat dan negara.  Dalam mengambil pengajaran dari ayat-ayat AlQuran kita berpandukan kaedah:  i'tibar itu dari umumnya 'lafaz' bukan khususnya 'sebab' turunnya sesuatu ayat dari AlQuran, seperti yang telah disepakati oleh jumhur ulama' usul tafsir. 

Supaya AlQuran mendidik kita maka tidak dapat tidak kehidupan kita sehari-hari tidak boleh renggang dari AlQuran.  Sebagai da'iy dan murabbi yang bertanggungjawab mendidik diri sendiri sebelum mendidik orang lain, keyakinan dan kesedaran kita telah mewajibkan diri kita supaya sekurang-kurangnya tidak ada hari yang kita tidak membaca dan mentadabbur AlQuran.

  Powered by Tripod                                          Developed by Akhukumfillah


TILAWAH & TADABBUR

HAFAL QURAN I

HAFAL QURAN II

TAFSIR ALMAUDUDI

ALHADITH

WIRID & DO'A

WASIAT MUSTOFA

PUSTAKA DA'IY

EHWAL UMAT SEMASA

KHIDMAT TARBAWI

LAMAN RESMI IKHWAN

HAQAIQ MISRYYAH

ALSHABAKAH ALIKHWANYYAH

JAMA'AT ISLAMY

ISLAM ONLINE

AL-ISLAM.COM

PARTAI KEADILAN INDONESIA

FATWA

NASYID ISLAM

BERITA DARI PALESTIN

BOIKOT BARANGAN ZIONIS

HUBUNGI KAMI

KE LAMAN UTAMA

 

GET ARABIC IE5