Ehwal Kita Semasa
« March 2004 »
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
BENCANA PAKISTAN
Berita panssssssss!!! PLK
Blackmail Campaign
Buying Used Car
DILEMA MELAYU MENARA GADI
HOSPITAL ISLAM
How important is language
KEBIMBANGAN KRISTIAN
Laporan Harian MKA1
Nikmat Ukhwah
PIRAMID YANG KUKUH ATAU K
TEGAKKANLAH RUMAH TANGGA
Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
Saturday, 13 March 2004
ISLAM DEENULLAH ATAU ISLAM HADHARI DEMOKRASI?

Berikut disiarkan makalah ringkas kiriman seorang hamba AlRahman yang hanya mau dikenali sebagai AlQUD.

ISLAM DEENULLAH ATAU ISLAM HADHARI DEMOKRASI?
(Malaysia dikatakan Negara Islam - Hakikatnya bukan Negara Islam)

Tun Dr Mahathir mendakwa bahawa Malaysia adalah Negara Islam.? Pewarisnya Dato' Sri Abdullah Ahmad Badawi juga mendakwa demikian.? Begitulah seterusnya dicanang oleh pemimpin-pemimpin ampu yang lain termasuklah beberapa ulama' upahan (kerajaan BN) turut mengiakan kononnya Malaysia ini sebuah Negara Islam.? Kita ingin bertanya, atas asas apakah mereka mendakwa Malaysia sebagai Negara Islam?

Setahu kita berdasarkan contoh Negara Islam Madinah dibawah pimpinan baginda Rasulullah saw, Negara Islam itu ialah sebuah negara yang umatnya diperintah menurut AlQuran AlKarim dan AsSunnah AnNabawiyah sebagai sumber hukum dan peraturan hidup masyarakat dalam semua perkara.? Sedangkan di negara kita segala hukum dan peraturan tidak berdasarkan AlQuran AlKarim dan AsSunnah Nabawiyah, malah mesti tunduk kepada perlembagaan Malaysia.? Perlembagaan Malaysia tidak mengikut AlQuran AlKarim dan AsSunnah AnNabawiyah.? Sebaliknya semua hukum/undang-undang/peraturan mestilah diputuskan oleh Parlimen mengikut perlembagaan bukan melalui keputusan majlis syura berasaskan?? AlQuran AlKarim dan AsSunnah AnNabawiyah.? Tidak hairanlah ada di kalangan orang UMNO yang mengugut Dato' Seri Abdul Hadi Awang sekiranya beliau (Abdul Hadi) melaksanakan undang-undang hudud dan qisas.? UMNO akan menyaman Abdul Hadi di Mahkamah atas alasan melanggar perlembagaan Malaysia.? Ini bermakna perlembagaan Malaysia lebih mulia dan lebih agung daripada? AlQuran AlKarim dan AsSunnah AnNabawiyah di sisi mereka (UMNO/BN).

ASTAGHFIRALLAH AL'AZIM!!!

Di manakah letaknya `aqidah orang UMNO seperti ini?? Tidakkah mereka cuba belajar memahami apa dia sebenarnya `aqidah Islam itu?? Cuba belajar bagaimana `aqidah itu perlu difahami dan dihayati dalam kehidupan orang Islam; bukan sekadar Islam yang hanya ikut selera realiti semasa (hadhari!) serta kehendak majoriti masyarakat atau memahaminya melalui ulama' upahan kerajaan BN atau apa yang ditulis di dada-dada akhbar perdana semata-mata atau yang disebarkan oleh media-media cetak dan elektronik alat kerajaan BN sahaja.

Kalau kita rujuk kepada takrifan Daulah Islamiyah yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun dalam muqaddimahnya, Negara Islam itu ialah negara/daulah/khilafah yang memimpin semua manusia berhubung dengan urusan deen (agama) dan dunia mereka berasaskan syari'at AlQuran AlKarim dan AsSunnah AnNabawiyah.? Maksudnya hukum-hukum dan peraturan dalam Negara Islam mestilah syar'iy yakni mesti mengikut apa yang diputuskan oleh AlQuran AlKarim dan AsSunnah AnNabawiyah.? Sekiranya hukum/peraturan/akta-akta dan sebagainya yang digunapakai di sesebuah negara tidak berpandukan AlQuran AlKarim dan AsSunnah AnNabawiyah, maka negara itu bukan Negara Islam.?

Ada pula yang mendakwa Malaysia ini Negara Islam kerana yang menerajui kerajaan Malaysia ialah seorang Perdana Menteri yang beragama Islam, di Malaysia ada Bank Islam, Universiti Islam dan sebagainya.....

Nampaknya mereka tidak faham antara sifat individu dan sifat legal.? Memanglah PM Malaysia seorang Islam tetapi sistem yang digunapakai di negara Malaysia bukan sistem Islam seperti yang dijelaskan tadi.? Kita tidak nafikan keindividuan majoriti pemimpin UMNO orang Islam tetapi sistem yang mereka gunapakai dan pertahankan bukan sistem Islam.

Berdasarkan keterangan ini jelaslah:

MALAYSIA BUKAN SEBUAH NEGARA ISLAM

Firman Allah swt dalam surah AlMaaidah ayat 50 yang bermaksud:

"APAKAH HUKUM JAHILIYAH YANG MEREKA KEHENDAKI DAN (HUKUM) SIAPAKAH YANG LEBIH BAIK DARIPADA (HUKUM) ALLAH BAGI ORANG-ORANG YANG YAKIN?"

WALLAHU A'ALAM


Posted by tarbawi at 11:19 PM WST
Updated: Saturday, 13 March 2004 11:44 PM WST

View Latest Entries