Assalamu
'alykum wr wb,
Alhamdulillah, segala puji-pujian kita persembahkan kepada Allah swt kerana atas limpahan kurnia dan rahmatNya kita dapat bersua lagi di laman yang ringkas ini guna saling berwasiat dalam urusan kebenaran dan kesabaran, saling peringat memperingati kerana peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang mukmin.
Mencontohi Manhaj Nabawi dalam Tarbiyyah
Kita
telah membicarakan tentang
tabiat Tarbiyyah Islamiyyah
dalam perlaksanaan 'amal
Islami pada minggu yang
lalu. Bagaimana pun tarbiyah itu tidak mungkin membuahkan hasil yang diharapkan melainkan ianya dilaksanakan dan ditangani dengan kaedah atau uslub yang terbaik.
Kita yakin tiada uslub yang terbaik melainkan wasilah dan manhaj yang ditetapkan oleh Allah swt untuk mendidik NabiNya yang mulia dan apa yang digunapakai oleh Baginda saw untuk mendidik generasi para sahabat ra sehingga muncul satu ummah contoh yang diiktiraf terbaik oleh Allah swt.
Justru, sudah tentulah sumber rujukan utama bagi perlaksanaan tarbiyah ini tiada lain melainkan AlQuran, Sunnah Rasulillah saw serta sirah perjuangan baginda dan para sahabat ra. Dalam meneliti dan memahami sumber-sumber ini kita merujuk kepada tafsiran dan penjelasan yang dikupas oleh para ulama’ mu’tabar.
Penerokaan
ke alam kehidupan Generasi
Awal oleh para ulama' mu'tabar
seperti Imam AlSyahid Hasan
AlBanna telah menyaksikan
bahawa Rasulullah saw tidak
mempunyai manhaj kecuali
manhaj AlQuran dan tidak
memiliki kolej atau universiti
kecuali masjid. Penuntut-penuntutnya
pula ialah Abu Bakr, 'Umar,
'Uthman dan 'Ali serta
para sahabat AlSabiqun AlAwwalun
ridhwanullahu 'alyhim yang
mendapat tarbiyyah dari
masjid ini.
Namun
dari madrasah masjid inilah
mereka bergerak membangunkan
sebuah tamaddun yang merobah
pola kehidupan dunia melalui
manhajnya. Secara
fizikal, mereka hanyalah
sekumpulan manusia yang
duduk berlantaikan pasir
gurun di dalam universiti
yang dibumbungi pelepah-pelepah
tamar. Apabila waktu
hujan air menitik ke atas
tubuh mereka. Namun
mereka tetap tabah dan sabar
menunggu wahyu dari langit.
Kebanyakan mereka ialah
golongan penggembala kambing
yang miskin tidak berada.
Tetapi mereka merasa
mulia dengan deen baru yang
mereka anuti.
وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَكِنَّ الْمُنَافِقِينَ
لَا يَعْلَمُونَ
"dan
bagi Allah segala ketinggian/kemuliaan,
juga bagi RasulNya dan bagi
orang-orang mukmin, akan
tetapi orang-orang munafiq
itu tidak mengetahui"
(AtTaubah:8). Ini
kerana hati-hati mereka
telah disatukan di
atas manhaj tarbiyyah yang
ditunjangi iman,
kasih sayang dan pengorbanan.
|