Assalamu
'alykum wr wb,
Alhamdulillah, segala puji-pujian kita persembahkan kepada Allah swt kerana atas limpahan kurnia dan rahmatNya kita dapat bersua lagi di laman yang ringkas ini guna saling berwasiat dalam urusan kebenaran dan kesabaran, saling peringat memperingati kerana peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang mukmin.
Iman sebagai Tunjang Utama Tarbiyyah Islamiyyah
Dalam iftitah yang lalu kita telah menyentuh bagaimana
iman, ukhwah dan pengorbanan
sebagai tunjang atau asas
dan dasar utama manhaj tarbiyyah
di Madrasah Rasulillah saw.
Sirah
perjuangan Generasi Awal
memperlihatkan kepada kita
betapa ketika iman yang
mendalam menetap dan
menguasai hati-hati para
sahabat ra mereka membelakangkan
semua tujuan kecuali tujuan
da'awah. Mereka memperuntukkan
semua yang mereka miliki
untuk maslahat da'awah murni
mereka.
Mereka tidak
sekali-kali tertarik dan
terpukau dengan tamadun
Rom dan Parsi walaupun kedua-dua
tamadun itu memiliki limpahan
kebendaan dan kemajuan ilmu
yang tinggi. Ini kerana
mereka arif benar bahawa
Rom dan Parsi sedang berada
dalam kesesatan tanpa bimbingan
nabawi dan petunjuk Ilahi.
Parsi sesat
kerana mereka menyembah
hawa nafsu dan syahwat.
Manakala Rom pula
menjadikan padri dan rahib
sebagai ilah selain Allah.
Begitulah pandangan
para sahabat terhadap manusia
sekeliling mereka. Inilah
natijah iman dan kefahaman
yang mereka pelajari dari
madrasah Rasulillah saw.
Madrasah itu mendidik
mereka supaya berada di
atas kebenaran yang nyata,
kerana mereka tidak lagi
menyembah berhala serta
tidak dituntuni hawa nafsu
dan syahwah. Mereka
tidak menyembah selain Allah,
tidak bergantung harap kecuali
kepada Allah, tidak tunduk
kecuali kepada Allah, tidak
meminta kecuali kepada Allah,
tidak ceria dan gembira
melainkan dengan perasaan
rindu pada Allah, tidak
bersedih kecuali kerana
dosa yang menjauhkan mereka
daripada Allah.
Itulah
keyakinan yang menghimpun
hati-hati mereka setelah
mereka mengetahui bahawa
bumi Allah ini akan diwarisi
oleh siapa yang Allah kehendaki
dan kesudahan yang baik
itu adalah untuk orang-orang
yang bertaqwa.
Maka tiada lagi
faktor-faktor perbezaan
yang boleh memecahbelahkan
mereka, yang saling merenggangkan
hati-hati mereka kerana
minda dan jiwa mereka telah
dicelup dengan celupan baru,
celupan Allah swt.
صِبْغَةَ اللّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدونَ
(البقرة:138)
|