Assalamu
'alykum wr wb,
Alhamdulillah, segala puji-pujian kita persembahkan kepada Allah swt kerana atas limpahan kurnia dan rahmatNya kita dapat bersua lagi di laman yang ringkas ini guna saling berwasiat dalam urusan kebenaran dan kesabaran, saling peringat memperingati kerana peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang mukmin.
Perginya Seorang Mursyid 'Am
Seminggu yang lalu, pada tanggal 16
Zul-Qi'dah, 1424, kita dikejutkan
dengan berita pemergian
Mustasyar Ma'amun AlHudhaibi,
Mursyid 'Am Ikhwan Muslimun
yang keenam, menyahut panggilan
Rabbnya. Moga ruhnya
ditempatkan bersama para
solihin dan muqarrabin kerana
itulah pemusatan segala
matlamat kegiatan hidupnya
sejak hari pertama menyertai
gerakan Ikhwan Muslimun.
Pendidikan di Madrasah Hasan AlBanna telah menanam keyakinan di sanubari beliau
bahawa taklif serta masuliyyah
da'awah dan tarbiyyah, pada
mana-mana posisi pun dalam
tandzim jama'ah, bukanlah
untuk mencari kemasyhuran
atau sanjungan; sebaliknya
ia adalah amanah yang berat
di hadapan Allah swt.
Dengan perginya
pemimpin tertinggi jama'ah
tidak bererti perjalanan
dan perjuangan gerakan Ikhwan
Muslimun menuju cita-cita
murni jama'ah itu berhenti
di pertengahan jalan atau
mundur ke belakang. Pemimpin
datang dan pergi namun langkah-langkah
perjuangan harus diteruskan
oleh mereka yang tinggal
di belakang.
Pada hari yang sama
pihak Maktab Irsyad Jama'ah
Ikhwan telah mengumumkan
perlantikan sementara Ustaz Muhammad
Hilal sebagai Pemangku Mursyid 'Am
sementara menunggu perlantikan
resmi Murshid 'Am ketujuh
diumumkan.
Pada hari Rabu, 21 Zul-Qi'dah,1424
bersamaan 14 Januari, 2004,
Ustaz Muhammad Hilal mengisytiharkan
bahawa barisan kepimpinan
jama'ah telah mencapai kata
sepakat untuk melantik
Ustaz Mahdi 'Aakif (gambar)
sebagai
Mursyid "Am yang baru.
Semoga Ustaz Mahdi 'Aakif sentiasa di dalam peliharaan serta hidayah dan 'inayah Allah swt untuk meneruskan kepimpinan Ikhwan Muslimun dalam
meneruskan perjalanan da'awah
dan tarbiyyah mengharung
arus penentangan dan permusuhan
yang sengit melanda umat
Islam hari ini.
Supaya
kita berpeluang mengenali
dengan lebih dekat lagi peribadi
Mursyid 'Am ketujuh ini segmen
EHWAL UMMAH SEMASA kali
ini memaparkan latarbelakang
ringkas Ustaz Mahdi 'Aakif
sejak kelahirannya hingga
ke saat ini.
|