Assalamu
'alykum wr wb,
Alhamdulillah, segala puji-pujian kita persembahkan kepada Allah swt kerana atas limpahan kurnia dan rahmatNya kita dapat bersua lagi di
laman ringkas ini setelah
hampir separuh purnama tidak dikemaskinikani.
Mudah-mudahan dengan rahmat
Allah, kita sentiasa diletakkan
dalam suasana iman yang terus menerus
tertingkat dan dipertingkatkan, Allahumma
aameen.
'Aqidah
dan Syakhsiyah Rajul-Fikrah
Manhaj kehidupan Islam yang kita
hajati tidak dapat direalisasikan tanpa rijal yang menepati bai'ah mereka
kepada Allah. Begitulah para sahabat
ra. yang telah menghirup segala yang
baik dari Madrasah Rasulillah saw. Mereka adalah para
pendukung yang menjadi benteng kepada
Islam. Jiwa mereka memandang besar
Akhirat, manakala dunia dipandang remeh
dan hina. Keyakinan yang bersemadi
di jiwa mereka berupaya menangkis segala
rupabentuk kekeliruan dan was-was. Dengan
penuh iman mereka melafazkan firman Allah:
رَبَّنَا آمَنَّا بِمَا أَنْزَلْتَ وَاتَّبَعْنَا
الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ
"Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami berserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu).. (Aali Imran:53).
Dengan jiwa yang sedemikian
mereka mara dengan keazaman dan himmah
yang tinggi. Mereka didorong oleh
'aqidah mereka lantas menuju kearah
halatuju yang tercetus dari fikrah Islam
yang bersih. Justeru mereka berjaya
menterjemahkan fikrah mereka ke alam
realiti. Ini hanya mungkin berlaku
setelah fikrah itu diimani oleh pendukungnya
yang ikhlas memperjuangkannya dengan
penuh kehangatan ditambah pula dengan
kesediaan yang tinggi untuk berkorban
demi melaksanakannya.
Atas kefahaman
dan kesedaran ini, kita akan memeberikan
penumpuan kepada tiga aspek penting
dalam menelusuri simpang-siur tarbiyah
Islamiyah:
- Kefahaman
yang mendalam tentang tasowwur
fikrah Islamiyah.
- Keimanan
yang mendasar terhadap fikrah tersebut.
- Kesatuan
atas dasar ukhwah yang kuat antara para
pendukungnya.
Ini kerana fikrah yang sahih
berhajatkan kepada keperibadian Islam
yang unik bertepatan dengan manhaj Rabbani.
Manhaj Rabbani samasekali tidak
boleh terpalit dengan unsur-unsur batil
yang merosakkan kerana ia datang dari
Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji.
Manhaj Rabbani
ini mereka tempuhi di bawah siraman
qudwah Rasulillah saw. Baginda menggariskan
jalan 'amal dalam melaksanakan fikrah
mereka. Segala perintah dan arahan
akan mereka taati, yang wajib mereka
laksanakan, yang haram mereka tinggalkan.
Baginda
juga memperjelaskan bahawa dalam menempuh
manhaj in kesusahan mau pun kesenangan
merupakan ujian bagi mereka dan mereka
memerlukan kesabaran untuk menghadapinya.
Jelas tergambar kepada mereka
keperibadian serta rupa diri individu
mukmin yang berkewibaan lagi berketerampilan
meneruskan kelangsungan masyarakat yang
telah terbina krtika mana ia menjadi
agen perobahan dan wacana kepada misi
Islah.
|