Assalamu
'alykum wr wb,
Alhamdulillah, segala puji-pujian kita persembahkan kepada Allah swt kerana atas limpahan kurnia dan rahmatNya kita dapat bersua lagi di
laman ringkas ini untuk meneruskan usaha
kecil tazkirah cyber di medan tarbiyah
kita.
Mudah-mudahan dengan usaha
kecil ini, kita sentiasa diletakkan
dalam suasana iman yang terus menerus
tertingkat dan dipertingkatkan, Allahumma
aameen.
Syakhsiyah Rajul-'Aqidah
Yang dimaksudkan sebagai Rajul-'Aqidah
ialah sorang muslim yang merasa penuh
redha Allah sebagai Rabbnya, Islam sebagai
deennya dan meredhai Muhammad sebagai
Nabi dan Rasul, beriltizam dengan semua
perintah Allah dengan melaksanakannya
tanpa memepedulikan tuntutan hawa nafsunya
seraya melafazkan firman Allah:
قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
لاَ شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَاْ أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ
.
"Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Tiada sekutu bagiNya dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)". (AlAn'aam:162-163).
Untuk kita mencapai mustawa individu muslim sedemikian rupa kita
perlu terjun ke dalam acuan tarbiyah
dengan penuh penyerahan diri dan jiwa.
Kita perlu menyerahkan hidup kita
kepada pengawalan tarbiyah sehingga
kita merasakan diri dan jiwa kita sentiasa
berada dalam genggaman kekuasaan Allah,
sentiasa diuruskan sekehendakNya yang
Maha Esa.
Syu'ur hati yang sebegini
akan mencetuskan sikap intima' (penggabungan
diri) kepada Islam sebagai manhaj alhayah
sekaligus membawa kita beriltizam dengan
Manhaj Rabbani dalam kehidupan kita.
Jika ini benar-benar berlaku dalam
realiti kehidupan harian kita hawa nafsu
kita akan didorong mengikut apa yang
didatangkan oleh Rasulullah saw. Inilah
manifestasi keyakinan kita bahawa kita
tidak diciptakan melainkan supaya kita
melunaskan amanah risalah ini. Maka
terputiklah di sanubari kita satu pengharapan
yang amat tinggi kepada keredhaanNya
swt sebagai bekalan yang dapat membela
kita dalam pengadilan mutlak di hadapan
Allah di Hari
Akhirat nanti.
Inilah sepatutnya gambaran syakhsiyah rajul
'aqidah yang wajib kita miliki. Berbekalkan
jatidiri ini kita akan meneruskan orak
langkah kita sehinggalah seluruh kehidupan
kita merupakan tafsiran yang hidup kepada
risalah Islam yang agung ini.
Dalam menempuh titian tarbiyah yang panjang ini sekiranya kita memahami
hakikat sebenar tuntutan 'amal Islami,
maka segala kewajipan dan taklif, sama
ada ia bersifat Islami mau pun tanzimi,
akan terasa ringan dan mudah. Ringan
dan mudah ini akan terserlah dalam bentuk
kerelaan mengorbankan masa lapang, kerehatan
jasad dan keringanan fikiran semata-mata
untuk disibukkan dengan taklif da'awah
dan tarbiyah.
|