Assalamu 'alykum wr wb,
Alhamdulillah, segala puji-pujian kita persembahkan
kepada Allah swt kerana atas limpahan kurnia dan
rahmatNya kita dapat bersua lagi di laman ringkas ini.
Dalam
iftitah yang lalu kita telah membicarakan tentang
betapa pentingnya keikhlasan hati dalam kita
mengharungi simpang siur 'amal Islami. Dan antara
objektif tarbiyah Islamiyah ialah untuk melahirkan
jiwa-jiwa yang ikhlas dengan Rabbnya di samping minda
yang memahami fikrah Islam sebenar. Gabungan antara
kefahaman dan keikhlasan akan membangkitkan semangat
dan syu'ur berjuang dan ber'amal untuk Islam.
Kita
akan sekali lagi memberi fokus bicara kita kepada
aspek tarbiyah dan kali ini marilah kita mengulangkaji
tentang apakah yang dimaksudkan dengan Manhaj Tarbiyah
Islamiyah.
Manhaj Tarbiyah Islamiyah
Islam
telah melakarkan manhaj tarbawi yang menyatukan aqidah
terlebih dahulu sebelum penyatuan tandzim dan 'amal.
Ini kerana penyatuan perasaan mendahului penyatuan
undang-undang dan tandzim. Pengertian yang agung dan
mulia ini jelas kelihatan dalam setiap cabang 'amal
Islami.
Telah
menjadi lumrah manusia untuk cenderung melihat kepada
zahir atau bentuk luaran sesuatu da'awah. Basirah
mereka tidak nampak aspek cetusan minda dan inspirasi
ruh yang menjadi punca tenaga, sumber kekuatan dan
faktor penentu kejayaan. Hampir mustahil sesuatu umat
bisa bangun tanpa kesedaran dan kekuatan jiwa.
Firman
Allah swt:
Åöäøó Çááåó áÇ íõÛóíøöÑõ ãóÇ ÈöÞóæúãò ÍóÊøóì
íõÛóíøöÑõæÇú ãóÇ ÈöÃóäúÝõÓöåöãú
"Sesungguhnya
Allah tidak merobah apa yang ada pada sesuatu kaum
sehinggalah mereka merobah apa yang ada pada diri
mereka."
(AlRa'adu:
11)
Justru
itu, penekanan utama da'awah kita ialah usaha memberi
kesedaran (æóÚúíñ) dan
menghidupkan akal pemikiran, hati, perasaan dan jiwa.
Kita mahukan jiwa yang hidup, hati yang sentiasa segar,
perasaan yang bersemangat, akal pemikiran yang faham,
ruh yang bercita-cita besar untuk mencapai idealisme
dan objektif yang tinggi. Ini semua kerana kita
mencontohi da'awah pertama, da'awah di madrasah
Rasulillah saw. Tasowwur kita mestilah dirujukkan
kepada tasowwur da'awah Rasulillah saw yang penuh
dengan limpahan cahaya wahyu itu.
Sesungguhnya Rasulullah saw telah menyemai benih-benih
iman ke dalam hati para sahabat r.a., iman terhadap
keagungan risalah, rasa mulia dengan menganutnya serta
rasa yakin dengan pertolongan Allah swt. Baginda
menghidupkan syu'ur-syu'ur sebegini dalam hati para
sahabat serta melakarkan matlamat-matlamat yang hendak
mereka tuju dalam kehidupan ini. Dari sini mereka
bangun bersama risalah yang tersemat di dada dan
mushaf mereka, kedua-duanya terjelma pada akhlak dan
tingkah laku mereka. Maka terbinalah satu prestasi
yang menjunjung nilai-nilai murni dan tamaddun akhlak
yang agung.
Atas
kesedaran ini kekuatan dorongan hati dan kesedaran ruh
yang melimpahi jiwa insan akan menjadi fokus da'awah
kita. Kesedaran dan dorongan hati ini seharusnya
membekaskan kesan 'amali dalam kehidupan mereka.
Proses ini akan membangkitkan gerak 'amal seseorang
individu yang terdidik dan diikuti dengan 'amal di
peringkat keluarga dan masyarakat. (bersambung) |