hosted by tripod
Search the web with Hotbot Build an online Photo Album
Istimewa buat
Ikhwah & Akhowat

compiled and edited by
Akhukumfillah
 

 

IFTITAH 15

Assalamu 'alykum wr wb,

Alhamdulillah, segala puji-pujian kita persembahkan kepada Allah swt kerana kerana masih mengizinkan kita bersua hati dan maklumat di laluan cyber ini. Terlebih dahulu pihak editor memohon maaf kerana hampir dua purnama laman ini tidak dikemaskinikan kerana masalah teknikal sistem komputer. Bagaimanapun kami mencuba buat sementara waktu untuk beroperasi menggunakan komputer peribadi di rumah mulai dari saat ini.

Iftitah kali ni akan menumpukan kepada strategi 'amal Islami.  Moga melalui perbincangan ini kita mendapat kesegaran baru untuk terus mencurahkan sepenuh masa, tenaga, harta dan wang ringgit kita untuk berkhidmat kepada deen Allah swt di tengah-tengah kekaburan dan kekeliruan akibat serangan arus sekularisasi yang bersifat hadhari.

Pandangan Semula kepada Strategi 'Amal Islami

Menurut Mujahid Fathi Yakan, tiga faktor penentu yang memungkinkan kejayaan 'amal Islami ialah:

              1- Matlamat yang jelas dan terang.

              2- Jalan atau wasilah yang jelas dan terang.

              3- Iltizam dengan kedua-duanya, iaitu matlamat dan jalan.

Matlamat 'Amal Islami

Kejelasan terhadap matlamat 'amal Islami dapat menggerakkan daya serta tenaga yang besar bagi para 'amilin 'amal Islami.  Bahkan ia dapat mengawasi tenaga-tenaga tersebut daripada disiasiakan pada perkara-perkara sampingan atau masalah-masalah luar yang tidak ada kaitan secara langsung mau pun tidak langsung dengan matlamat asas 'amal Islami.

Matlamat asas 'amal Islami ialah menta`abidkan/mengembalikan manusia, samada sebagai individu mau pun masyarakat, supaya menjadi hamba hanya sanya kepada Rabb mereka, Allah swt. Ini bererti mengembalikan 'ubudiyah mereka kepada Allah di masjid dalam solah mereka dan begitu juga di pasar-pasar dalam jual beli mereka. Mengembalikan 'ubudiyah mereka hanya sanya kepada Allah dalam puasa mereka yang sepatutnya begitu juga 'ubudiyah mereka dalam melaksanakan pemerintahan', dalam do'a mereka dan begitu juga sepatutnya dalam perundangan dan kehakiman mereka.

Ringkasnya, mengembalikan 'ubudiyah manusia kepada Allah bermaksud supaya semua kepatuhan dan ketaatan mereka hanya sanya kepada Allah dalam semua urusan kehidupan mereka. Tidak ada perbezaan pada kepatuhan mereka samada dalam urusan agama mau pun dalam urusan dunia, samada di dalam masjid mau pun di luar masjid, semasa Ramadhan mau pun selepas Ramadhan. Apabila kita memisahkan urusan deen dan urusan dunia itulah sekular. Sekularisma ditegakkan di atas dasar pemisahan antara deen dan daulah, memisahkan antara agama dan negara.

Oleh itu menta`abidkan manusia hanya sanya kepada Allah bererti mengajak mereka menolak manhaj rekaan manusia yang memperhambakan manusia kepada thoghut. Sikap memperkudakan manusia supaya tunduk kepada sistem yang lain dari sistem Allah dalam manhaj-manhaj batil yang dikuasai thogut merupakan pencabulan terhadap hak-hak Alah; hak 'ubudiyah dan hak hakimiyah (memerintah) Allah swt.

إن الحكم إلا لله (الأنعام:57)

"Sesungguhnya hak menghukum dan memerintah itu hanya milik Allah."

Insya'Allah dalam iftitah yang akan datang kita akan meneruskan perbincangan ini menyentuh tentang pentingnya kejelasan kepada jalan atau wasilah di samping kejelasan matlamat.

MUHASABAH HARIAN | HUBUNGI KAMI | WEBMASTER | DISCLAIMER

DAFTAR LAMAN

ALQURAN

ALHADITH

WIRID & DO'A

WASIAT MUSTOFA

PUSTAKA DA'IY

KHIDMAT TARBAWI

BLOG EHWAL SEMASA

FATWA

ULAMA' MU'TABAR

NASYID ISLAM

ARKIB IFTITAHIYAT

HUBUNGI KAMI

TAUTAN 'AALAMI

KAWALAN SUARA LATAR

KONSOL SUARA LATAR