Ehwal Kita Semasa
« March 2004 »
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
BENCANA PAKISTAN
Berita panssssssss!!! PLK
Blackmail Campaign
Buying Used Car
DILEMA MELAYU MENARA GADI
HOSPITAL ISLAM
How important is language
KEBIMBANGAN KRISTIAN
Laporan Harian MKA1
Nikmat Ukhwah
PIRAMID YANG KUKUH ATAU K
TEGAKKANLAH RUMAH TANGGA
Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
Thursday, 18 March 2004
RALAT: PEMBETULAN MAKLUMAT KEPUTUSAN STAM M3

From: "muhammad muhammad muhammad muhammad"
Subject: sedikit pembetulan tentang STAM
Date: Wed, 17 Mar 2004 17:27:56 +0000

Assalamulaikum akhi,

Anta ader kater hari tuh bahawa 11 student M3 mumtaz STAM. Dan anta kater tujuh tangga teratas diduduki oleh Kemboja. Salah tuh....Yang betulnya ilah empat org kemboja jer yang dapat mumtaz, dan empat Acheh dapat mumtaz, seorang dari Medan dapat Mumtaz dan seorang dari Malaysian dapat mumtaz, dan seorag lagi dari Thailand dapat mumtaz. yang dapat mumtaz 12 dan 1 jayyi jiddan itu ada tiga orang sajer iaitu satu Malaysia, satu Medan dan satu Kemboja.

Ana harap anta sudi betulkan maklumat yang anta hantar ker pancartih hari itu. Apa pun utk lebih jelas, call Matri.

Sdr Muhammad,

Maaf atas ketidaktepatan maklumat tempohari yang diperolehi dari email Sdr Zaini G.

Terima kasih atas pembetulan ini.

Akhukumfillah,
Penyunting Laman Tarbawi.


Posted by tarbawi at 9:48 AM WST
Updated: Thursday, 18 March 2004 10:00 AM WST
Post Comment | Permalink
Saturday, 13 March 2004
ISLAM DEENULLAH ATAU ISLAM HADHARI DEMOKRASI?

Berikut disiarkan makalah ringkas kiriman seorang hamba AlRahman yang hanya mau dikenali sebagai AlQUD.

ISLAM DEENULLAH ATAU ISLAM HADHARI DEMOKRASI?
(Malaysia dikatakan Negara Islam - Hakikatnya bukan Negara Islam)

Tun Dr Mahathir mendakwa bahawa Malaysia adalah Negara Islam.? Pewarisnya Dato' Sri Abdullah Ahmad Badawi juga mendakwa demikian.? Begitulah seterusnya dicanang oleh pemimpin-pemimpin ampu yang lain termasuklah beberapa ulama' upahan (kerajaan BN) turut mengiakan kononnya Malaysia ini sebuah Negara Islam.? Kita ingin bertanya, atas asas apakah mereka mendakwa Malaysia sebagai Negara Islam?

Setahu kita berdasarkan contoh Negara Islam Madinah dibawah pimpinan baginda Rasulullah saw, Negara Islam itu ialah sebuah negara yang umatnya diperintah menurut AlQuran AlKarim dan AsSunnah AnNabawiyah sebagai sumber hukum dan peraturan hidup masyarakat dalam semua perkara.? Sedangkan di negara kita segala hukum dan peraturan tidak berdasarkan AlQuran AlKarim dan AsSunnah Nabawiyah, malah mesti tunduk kepada perlembagaan Malaysia.? Perlembagaan Malaysia tidak mengikut AlQuran AlKarim dan AsSunnah AnNabawiyah.? Sebaliknya semua hukum/undang-undang/peraturan mestilah diputuskan oleh Parlimen mengikut perlembagaan bukan melalui keputusan majlis syura berasaskan?? AlQuran AlKarim dan AsSunnah AnNabawiyah.? Tidak hairanlah ada di kalangan orang UMNO yang mengugut Dato' Seri Abdul Hadi Awang sekiranya beliau (Abdul Hadi) melaksanakan undang-undang hudud dan qisas.? UMNO akan menyaman Abdul Hadi di Mahkamah atas alasan melanggar perlembagaan Malaysia.? Ini bermakna perlembagaan Malaysia lebih mulia dan lebih agung daripada? AlQuran AlKarim dan AsSunnah AnNabawiyah di sisi mereka (UMNO/BN).

ASTAGHFIRALLAH AL'AZIM!!!

Di manakah letaknya `aqidah orang UMNO seperti ini?? Tidakkah mereka cuba belajar memahami apa dia sebenarnya `aqidah Islam itu?? Cuba belajar bagaimana `aqidah itu perlu difahami dan dihayati dalam kehidupan orang Islam; bukan sekadar Islam yang hanya ikut selera realiti semasa (hadhari!) serta kehendak majoriti masyarakat atau memahaminya melalui ulama' upahan kerajaan BN atau apa yang ditulis di dada-dada akhbar perdana semata-mata atau yang disebarkan oleh media-media cetak dan elektronik alat kerajaan BN sahaja.

Kalau kita rujuk kepada takrifan Daulah Islamiyah yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun dalam muqaddimahnya, Negara Islam itu ialah negara/daulah/khilafah yang memimpin semua manusia berhubung dengan urusan deen (agama) dan dunia mereka berasaskan syari'at AlQuran AlKarim dan AsSunnah AnNabawiyah.? Maksudnya hukum-hukum dan peraturan dalam Negara Islam mestilah syar'iy yakni mesti mengikut apa yang diputuskan oleh AlQuran AlKarim dan AsSunnah AnNabawiyah.? Sekiranya hukum/peraturan/akta-akta dan sebagainya yang digunapakai di sesebuah negara tidak berpandukan AlQuran AlKarim dan AsSunnah AnNabawiyah, maka negara itu bukan Negara Islam.?

Ada pula yang mendakwa Malaysia ini Negara Islam kerana yang menerajui kerajaan Malaysia ialah seorang Perdana Menteri yang beragama Islam, di Malaysia ada Bank Islam, Universiti Islam dan sebagainya.....

Nampaknya mereka tidak faham antara sifat individu dan sifat legal.? Memanglah PM Malaysia seorang Islam tetapi sistem yang digunapakai di negara Malaysia bukan sistem Islam seperti yang dijelaskan tadi.? Kita tidak nafikan keindividuan majoriti pemimpin UMNO orang Islam tetapi sistem yang mereka gunapakai dan pertahankan bukan sistem Islam.

Berdasarkan keterangan ini jelaslah:

MALAYSIA BUKAN SEBUAH NEGARA ISLAM

Firman Allah swt dalam surah AlMaaidah ayat 50 yang bermaksud:

"APAKAH HUKUM JAHILIYAH YANG MEREKA KEHENDAKI DAN (HUKUM) SIAPAKAH YANG LEBIH BAIK DARIPADA (HUKUM) ALLAH BAGI ORANG-ORANG YANG YAKIN?"

WALLAHU A'ALAM


Posted by tarbawi at 11:19 PM WST
Updated: Saturday, 13 March 2004 11:44 PM WST
Friday, 5 March 2004
Seloka Da'iy Murabby

Berikut diabadikan gurindam hati seorang da'iy murabby dari kiriman email Sdr Noorazman yang sengaja di'forward'kan ke ruangan ini.

From: noorazman
Date: Thu Mar 4, 2004 8:32 am
Subject: Re: [p-tih] Muslim pupil fights religious dress ban (in UK)

Assalamu'alykum,

RENTETAN BERITA SEMASA...

Buat sekelian yang hidup jiwanya...
Yang hajatkan Allah sebagai matlamatnya,
Renunglah kalian dengan hati & air mata...
Semoga tertingkat segala kerja.

Islam sedang dalam dagang kali kedua...
Berita semasa tunjukkan natijahnya...
Kepada kita yang hajatkan Islam dan redhaNYA
Tingkatkanlah diri, keluarga & usaha...

Islam dagang memang perit lagi tenggik...
bukan hanya pada yang kufur, munafiq, & musyrik
malah pada mukmin, muslim, 'asi, & fasik.
Hati yang hidup pasti tertarik...
Untuk meningkat jihad melalui syurut at-thausik..

Jadikan berita dan keluhan semasa,
Sebagai peransang jiwa, taqwa dan fikrah...
Sebagai peningkat tugasan da'wah dan tarbiyah...
Sebagai pembina ummah dan quwwah...

Ramai Mujahid lalai & sibuk dengan kesenangan
Melalui kehidupan penuh keamanan
Serba cukup segala keperluan
MATILAH mujahid sebelum perjuangan

Wahai mujahid teruskanlah bekerja,
Bina diri, keluarga, ummah dan bina negara,
Jangan malas leka,lalai dan alpa...
INGATLAH, Yaumul Hisab pasti menjelma.

Lindunglah jiwa dari fitnah 3-TA
Pengaruh HarTA, WaniTA dan TahTA
Menjadi tentera nafsu & syaitan durjana
melingkari kehidupan jika tak dijaga.

Di mana kita di sisi Allah?
Tiada nilai kecuali dengah da'wah,
Tiada peningkatan melainkan bersama tarbiyah,
Tiada ma'na melainkan dengan jiddiyah...

Semuga bermanfa'at terutama buat diri ini...
-Abuzahid-

Posted by tarbawi at 12:46 AM WST
Thursday, 4 March 2004
Minta Tambah Print Version Laman Tarbawi
From: "Zainal Abidin Ahmad"
Date: Tue, 2 Mar 2004 11:52:32 +0800
Subject: Re: Laman Tarbawi

Asm,

Pak Ustaz, bahagian Iftitah tu sila tambah "Print Version" agar mudah utk dicetak.

sekian, wslm.

zaa

Saudara Zainal,

'Alykum salam,

Maaf kerana saya memilih untuk menjawab kiriman saudara melalui siri blog ini kerana komputer saya dihinggapi virus yang boleh merebak ke komputer peribadi yang lain.

Kepada permintaan saudara, kami meminta maaf kerana keterbatasan yang ada masih belum dapat menyediakan 'print version' bagi siri IFTITAH Laman Tarbawi.

Saudara dicadangkan membuat 'highlight' pada teks iftitah kemudian 'copy' dan 'paste' pada notepad. Untuk memperelokkan lagi boleh cut & paste dari notepad kepada MS words document.

Sekian. Harap Maaf.

Akhukumfillah,
Penyunting Laman Tarbawi.

Posted by tarbawi at 12:19 AM WST
Updated: Thursday, 4 March 2004 1:06 AM WST
Wednesday, 3 March 2004
Laporan Keputusan SPM SMIK 2003
Berikut adalah 'forward" maklumat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2003 bagi Sekoah Menengah Ibn Khaldun (SMIK), Jalan Kebun, Kelang, dari e-mail yang dikirim oleh pengurusan SMIK.

From: smi khaldun
Date: Wed Mar 3, 2004 1:05 am

Assalamu'alaikum wrm.

Alhamdulillah, ada yang bertanya mengenai result SPM SMIK.

1. ALIRAN SASTERA SMIK

Kesemua pelajar SMIK yang menduduki SPM (27 orang) adalah dari aliran sastera.

Bilangan pelajar yang mendapat 4A ke atas adalah seramai 17 daripada 27 pelajar, iaitu:

9A = 1 orang (Fatimah Azzahra' Haris)
8A = 2 orang (Mohd Usaid Nasaruddin, Fatimah Sakinah)
7A = 1 orang
6A = 2 orang
5A = 3 orang
4A = 8 orang
______
17

2. ALIRAN SAINS SMIK

Pelajar Aliran Sains SMIK baru berada di tingkatan 4 pada tahun ini. InsyaAllah mereka akan menduduki SPM pada tahun 2005 nanti.

3. SMIK turut bersyukur di atas kejayaan beberapa pelajar lepasan SMIK (yang dahulunya telah berpindah sekolah untuk mengambil aliran sains) seperti Ahmad Mustaqim Mohd Sidek, Aiman Zaki Salleh dan Mus'ab Ilyasak yang telah memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM mereka, Alhamdulillah.

4. SMIK juga bersyukur di atas kejayaan MATRI.

5. InsyaAllah, kita tetap tidak lupa akan agenda utama, iaitu agenda tarbiyyah untuk melahirkan generasi pewaris, di mana kecemerlangan akademik hanyalah sebahagian daripadanya. Episod pembentukan generasi pewaris masih jauh dan panjang.

SMIK

Posted by tarbawi at 10:59 PM WST
Updated: Thursday, 4 March 2004 12:05 AM WST
Tuesday, 2 March 2004
Perubahan Keputusan STAM MATRI
Berikut adalah 'forward' dari email sdr Zaini G.

From: ZG
Date: Tue Mar 2, 2004 11:05 am
Subject: Re: [media.com] SPM MATRI 2003 : (STAM-update)
Wkmslm wrh wbt,

Ada sedikit perubahan keputusan STAM , bagi 6 calon yg mendapat keputusan RASIB (gagal) telah diberi syarat oleh Lembaga Peperiksaan , dgn cara pihak M3 membuat "purata" ke atas keseluruhan m/pelajaran yg ambil oleh calon tsbt . Jika mendapati purata tsbt "LULUS" maka secara otomatik keputusan pelajar tsbt berubah kepada kedudukan "LULUS". Setelah dibuat purata oleh UD & UO sendiri keputusan tsbt telah berubah menjadi ada yg mendapat Jayyid Jiddan , Jiddan & Maqbul , hanya seorang calon shj yg tidak berubah ,status RASIB.

Pihak m3 perlu menjawab secara bertulis utk perubahan keputusan 6 org calon tsbt kepada Lembaga Peperiksaan. Org yg cukup gembira adalah UD & UO dgn keputusan cemerlang STAM tahun ini , beliau sendiri berulang kali melihat/menyemak naskah keputusan tsbt. Daripada 11 pelajar yg mendpt MUMTAZ , 7 tangga teratas dimonopoli oleh pelajar dari Cambodia , sbg cth seorang pelajar tsbt , drpd semua m/pelajaran yg diambil satu shj dpt Jayyid Jiddan yg lain semuanya Mumtaz. Bakinya 2 dari Indo & 2 dari M'sia.

SPM : 11 pelajar terbaik N Perlis. 4 pelajar dari SM Kebangsaan dikuasai oleh pelajar Cina. 5 pelajar melayu terbaik dtg dari Sek Men Agama termasuk seorg dari M3 (kalau tak silap semua perempuan). Tiada pelajar melayu dari Sek Men Kebangsaan yg menjadi pelajar terbaik (11A).

UD sendiri kempen ITD , nampak sambutan tdpt dikalangan pelajar perempuan . Pelajar lelaki kalau tanya kebanyakan nak ambil medic ... Ada pelajar tkt 5 yg bila ditanya , ke mana selepas ni .... bgmn dgn ITD ? ... beliau jawab ITD adalah pilihan ke2 terakhir .... ditanya lagi, yg terakhir ? .... Khassah M3...itulah sedikit gambaran pemikiran anak2...

Kuliah subuh ringkas pada pagi Ahad , yg dikasihi U Abd Hadi menegur sebilangan pelajar yg dtg ambil keputusan dgn watak/luaran yg tidak menyenangkan (tidak mengambarkan peribadi bekas pelajar M3)antaranya memakai gelang/benang hitam ditangan , berambut panjang dsbnya....anak shbt pun termasuk dlm golongan ni ...

Banyak juga rungutan dikalangan ust muda kita tentang penampilan anak2 didik mrk yg dtg semasa ambil keputusan , dgn gaya ala ......

w/a
wslm

Posted by tarbawi at 3:53 PM WST
PELAJAR TERBAIK SPM 2003 MATRI

theimage BESERI, 29 Februari - Keputusan peperiksan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2003 bagi Ma'ahad Tarbiyah Islamiyah (MATRI) Perlis yang diumumkan semalam menyaksikan Ahmad Mustaqim bin Mohd Sidek dan Fatimah Zanirah bt Nordin mencatat keputusan paling cemerlang bagi sekolah tersebut.

Zanirah yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan, memperolehi 1A dalam 7 matapelajaran dan 2A dalam 4 lagi matapelajaran yang lain. Manakala Mustaqim yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan memperolehi 1A dalam 9 matapelajaran, 2A dalam 3 matapelajaran dan 3B bagi matapelajaran Sejarah. Kedua-dua mereka adalah pelajar aliran Sains Tulin.

Pelajar terbaik dari aliran Sastera ialah Aishah bt Mohd Asri yang memperolehi 1A dalam 5 matapelajaran, 2A dalam 2 matapelajaran, 3B dalam 3 matapelajaran dan 1 matapelajaran memperolehi keputusan 4B.

Keputusan sepenuhnya boleh dilihat di:
1) KEPUTUSAN PENUH ALIRAN SASTERA
2) KEPUTUSAN PENUH ALIRAN SAINS
3) ANALISIS KEPUTUSAN PELAJAR-PELAJAR TERBAIK MATRI SPM 2003

Posted by tarbawi at 8:17 AM WST
Updated: Tuesday, 2 March 2004 9:43 AM WST
Saturday, 28 February 2004
STAM & SPM 2003 - Matri
Berikut ialah catatan ringkas keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2003 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)2003 yang di'forward'kan dari kiriman email Sdr Zaini G dari Vision 1421.

Keputusn lengkap akan disiarkan sehari dua lagi jika pihak Laman Tarbawi berjaya mendapatkan butir-butir terperinci dari pentadbiran MATRI, insya'Allah.

From: ZG
Date: Sat Feb 28, 2004 11:49 am

aslmkm wrh wbt,

Keputusan STAM & SPM Matri

STAM

Mumtaz 11 org
Jayyid Jiddan 12 org
Jayyid 3 org
Rasib 6 org

SPM

11A - 1 org (anak Dr Nordin Simbak)
10A - 2 org
9A - 4 org
8A - 3 org
7A - 2 org
6A - 8 org
5A - 6 org
4A - 10 org
3A - 11 org
2A - 13 org
1A - 8 org


Posted by tarbawi at 11:48 PM WST
Updated: Saturday, 28 February 2004 11:55 PM WST
Thursday, 26 February 2004
JI Ameer condemns India
Lahore, Feb 18: Acting President Muttahida Majlis-e-Amal and Ameer Jamaat-e-Islami Pakistan, Qazi Hussain Ahmed on Wednesday condemned murder attempt on Syed Ali Shah Gilani, chairman of All Parties Hurriyat Conference and his 12 companions and their arrest by the Indian forces.

In a statement here, Qazi Hussain Ahmed said that the Indian policy to subject the innocent Kashmiris to genocide would not succeed and Kashmiris would continue their struggle till freedom.

He said that the custodial deaths of innocent people in the held valley had increased and Indian forces were killing 15 to 20 people daily.

The Indian government was not sincere in solving the Kashmir issue as yet it had not recognise the Kashmir as disputed territory and suppression of innocents was continued.

Posted by tarbawi at 12:32 AM WST
New Hijrah Year Message from AlMurshid
Akef sends
a Happy New Year message

General Guide of Muslim Brotherhood Ustaz Mohammed Mahdi Akef sends his felicitations to all Muslim masses worldwide on the occasion of the Hegira New Year, praying to Allah -Azza wajal- to establish a firm place for our Nation, guide it to the best and help it against its enemies

He also sends his Happy New Year message to the oppressed in Palestine, Iraq Afghanistan, Chechnya, Kashmir and everywhere, praying to Allah-tabaraka wataala -to plant their feet firmly and help them against their enemy

It doesn"t escape him to send special felicitations to his brothers who are detainees or prisoners of conscience all over the world

On its part, Ikhwanonline website also sends its hearty Many Happy Returns to the Muslim Umma on that happy occasion


Posted by tarbawi at 12:14 AM WST

Newer | Latest | Older