Kandungan yang bercorak politik kini dipindahkan ke blog baru, http://tarbawi.blogspot.com/
Sehubungan dengan ini tajuk BERSAMA MALAYSIA BARU telah dipindahkan ke http://tarbawi.blogspot.com/
Selamat Melayar.
Akhukumfillah
Penyunting Laman Tarbawi
« | March 2004 | » | ||||
S | M | T | W | T | F | S |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 |
From: "muhammad muhammad muhammad muhammad"
Assalamulaikum akhi,
Anta ader kater hari tuh bahawa 11 student M3 mumtaz STAM. Dan anta
kater
tujuh tangga teratas diduduki oleh Kemboja. Salah tuh....Yang betulnya
ilah
empat org kemboja jer yang dapat mumtaz, dan empat Acheh dapat mumtaz,
seorang dari Medan dapat Mumtaz dan seorang dari Malaysian dapat mumtaz,
dan
seorag lagi dari Thailand dapat mumtaz. yang dapat mumtaz 12 dan 1 jayyi
jiddan itu ada tiga orang sajer iaitu satu Malaysia, satu Medan dan satu
Kemboja. Ana harap anta sudi betulkan maklumat yang anta hantar ker
pancartih hari itu. Apa pun utk lebih jelas, call Matri.
Sdr Muhammad,
Maaf atas ketidaktepatan maklumat tempohari yang diperolehi dari email Sdr Zaini G.
Terima kasih atas pembetulan ini.
Akhukumfillah,
Subject: sedikit pembetulan tentang STAM
Date: Wed, 17 Mar 2004 17:27:56 +0000
Penyunting Laman Tarbawi.
Berikut disiarkan makalah ringkas kiriman seorang hamba AlRahman yang hanya mau dikenali sebagai AlQUD.
ISLAM DEENULLAH ATAU ISLAM HADHARI
DEMOKRASI?
(Malaysia dikatakan Negara Islam - Hakikatnya bukan
Negara Islam)
Tun Dr Mahathir mendakwa bahawa Malaysia adalah Negara Islam.? Pewarisnya Dato' Sri Abdullah Ahmad Badawi juga mendakwa demikian.? Begitulah seterusnya dicanang oleh pemimpin-pemimpin ampu yang lain termasuklah beberapa ulama' upahan (kerajaan BN) turut mengiakan kononnya Malaysia ini sebuah Negara Islam.? Kita ingin bertanya, atas asas apakah mereka mendakwa Malaysia sebagai Negara Islam?
Setahu kita berdasarkan contoh Negara Islam Madinah dibawah
pimpinan baginda Rasulullah saw, Negara Islam itu ialah sebuah negara yang
umatnya diperintah menurut AlQuran AlKarim dan AsSunnah AnNabawiyah sebagai
sumber hukum dan peraturan hidup masyarakat dalam semua perkara.? Sedangkan di
negara kita segala hukum dan peraturan tidak berdasarkan AlQuran AlKarim
dan AsSunnah Nabawiyah, malah mesti tunduk kepada perlembagaan
Malaysia.? Perlembagaan Malaysia tidak mengikut AlQuran AlKarim dan
AsSunnah AnNabawiyah.? Sebaliknya semua hukum/undang-undang/peraturan mestilah
diputuskan oleh Parlimen mengikut perlembagaan bukan melalui keputusan
majlis syura berasaskan?? AlQuran AlKarim dan AsSunnah AnNabawiyah.? Tidak
hairanlah ada di kalangan orang UMNO yang mengugut Dato' Seri Abdul Hadi Awang
sekiranya beliau (Abdul Hadi) melaksanakan undang-undang hudud dan qisas.? UMNO
akan menyaman Abdul Hadi di Mahkamah atas alasan melanggar perlembagaan
Malaysia.?
Ini bermakna perlembagaan Malaysia lebih mulia dan lebih agung daripada? AlQuran
AlKarim dan AsSunnah AnNabawiyah di sisi mereka (UMNO/BN).
Di manakah letaknya `aqidah orang UMNO seperti ini?? Tidakkah mereka cuba belajar memahami apa dia sebenarnya `aqidah Islam itu?? Cuba belajar bagaimana `aqidah itu perlu difahami dan dihayati dalam kehidupan orang Islam; bukan sekadar Islam yang hanya ikut selera realiti semasa (hadhari!) serta kehendak majoriti masyarakat atau memahaminya melalui ulama' upahan kerajaan BN atau apa yang ditulis di dada-dada akhbar perdana semata-mata atau yang disebarkan oleh media-media cetak dan elektronik alat kerajaan BN sahaja.
Kalau kita rujuk kepada takrifan Daulah Islamiyah yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun dalam muqaddimahnya, Negara Islam itu ialah negara/daulah/khilafah yang memimpin semua manusia berhubung dengan urusan deen (agama) dan dunia mereka berasaskan syari'at AlQuran AlKarim dan AsSunnah AnNabawiyah.? Maksudnya hukum-hukum dan peraturan dalam Negara Islam mestilah syar'iy yakni mesti mengikut apa yang diputuskan oleh AlQuran AlKarim dan AsSunnah AnNabawiyah.? Sekiranya hukum/peraturan/akta-akta dan sebagainya yang digunapakai di sesebuah negara tidak berpandukan AlQuran AlKarim dan AsSunnah AnNabawiyah, maka negara itu bukan Negara Islam.?
Ada pula yang mendakwa Malaysia ini Negara Islam kerana yang menerajui kerajaan Malaysia ialah seorang Perdana Menteri yang beragama Islam, di Malaysia ada Bank Islam, Universiti Islam dan sebagainya.....
Nampaknya mereka tidak faham antara sifat individu dan sifat legal.? Memanglah PM Malaysia seorang Islam tetapi sistem yang digunapakai di negara Malaysia bukan sistem Islam seperti yang dijelaskan tadi.? Kita tidak nafikan keindividuan majoriti pemimpin UMNO orang Islam tetapi sistem yang mereka gunapakai dan pertahankan bukan sistem Islam.
Berdasarkan keterangan ini jelaslah:
MALAYSIA BUKAN SEBUAH NEGARA ISLAM
Firman Allah swt dalam surah AlMaaidah ayat 50 yang bermaksud:
"APAKAH HUKUM JAHILIYAH YANG MEREKA KEHENDAKI DAN (HUKUM)
SIAPAKAH YANG LEBIH BAIK DARIPADA (HUKUM) ALLAH BAGI ORANG-ORANG YANG YAKIN?"
Berikut diabadikan gurindam hati seorang da'iy murabby dari kiriman email Sdr Noorazman yang sengaja di'forward'kan ke ruangan ini.
From: noorazman
Assalamu'alykum,
RENTETAN BERITA SEMASA...
Buat sekelian yang hidup jiwanya...
Islam sedang dalam dagang kali kedua...
Islam dagang memang perit lagi tenggik...
Jadikan berita dan keluhan semasa,
Ramai Mujahid lalai & sibuk dengan kesenangan
Wahai mujahid teruskanlah bekerja,
Lindunglah jiwa dari fitnah 3-TA
Di mana kita di sisi Allah?
Semuga bermanfa'at terutama buat diri ini...
Date: Thu Mar 4, 2004 8:32 am
Subject: Re: [p-tih] Muslim pupil fights religious dress ban (in UK)
Yang hajatkan Allah sebagai matlamatnya,
Renunglah kalian dengan hati & air mata...
Semoga tertingkat segala kerja.
Berita semasa tunjukkan natijahnya...
Kepada kita yang hajatkan Islam dan redhaNYA
Tingkatkanlah diri, keluarga & usaha...
bukan hanya pada yang kufur, munafiq, & musyrik
malah pada mukmin, muslim, 'asi, & fasik.
Hati yang hidup pasti tertarik...
Untuk meningkat jihad melalui syurut at-thausik..
Sebagai peransang jiwa, taqwa dan fikrah...
Sebagai peningkat tugasan da'wah dan tarbiyah...
Sebagai pembina ummah dan quwwah...
Melalui kehidupan penuh keamanan
Serba cukup segala keperluan
MATILAH mujahid sebelum perjuangan
Bina diri, keluarga, ummah dan bina negara,
Jangan malas leka,lalai dan alpa...
INGATLAH, Yaumul Hisab pasti menjelma.
Pengaruh HarTA, WaniTA dan TahTA
Menjadi tentera nafsu & syaitan durjana
melingkari kehidupan jika tak dijaga.
Tiada nilai kecuali dengah da'wah,
Tiada peningkatan melainkan bersama tarbiyah,
Tiada ma'na melainkan dengan jiddiyah...
-Abuzahid-
Asm,
Pak Ustaz, bahagian Iftitah tu sila tambah "Print Version" agar mudah utk dicetak.
sekian, wslm.
zaa
Saudara Zainal,
'Alykum salam,
Maaf kerana saya memilih untuk menjawab kiriman saudara melalui siri blog ini kerana komputer saya dihinggapi virus yang boleh merebak ke komputer peribadi yang lain.
Kepada permintaan saudara, kami meminta maaf kerana keterbatasan yang ada masih belum dapat menyediakan 'print version' bagi siri IFTITAH Laman Tarbawi.
Saudara dicadangkan membuat 'highlight' pada teks iftitah kemudian 'copy' dan 'paste' pada notepad. Untuk memperelokkan lagi boleh cut & paste dari notepad kepada MS words document.
Sekian. Harap Maaf.
Akhukumfillah,
Penyunting Laman Tarbawi.
From: smi khaldun
Assalamu'alaikum wrm.
Alhamdulillah, ada yang bertanya mengenai result SPM
SMIK.
1. ALIRAN SASTERA SMIK
Kesemua pelajar SMIK yang menduduki SPM (27 orang)
adalah dari aliran sastera.
Bilangan pelajar yang mendapat 4A ke atas adalah
seramai 17 daripada 27 pelajar, iaitu:
9A = 1 orang (Fatimah Azzahra' Haris)
2. ALIRAN SAINS SMIK
Pelajar Aliran Sains SMIK baru berada di tingkatan 4
pada tahun ini. InsyaAllah mereka akan menduduki SPM
pada tahun 2005 nanti.
3. SMIK turut bersyukur di atas kejayaan beberapa
pelajar lepasan SMIK (yang dahulunya telah berpindah
sekolah untuk mengambil aliran sains) seperti Ahmad
Mustaqim Mohd Sidek, Aiman Zaki Salleh dan Mus'ab
Ilyasak yang telah memperolehi keputusan cemerlang
dalam SPM mereka, Alhamdulillah.
4. SMIK juga bersyukur di atas kejayaan MATRI.
5. InsyaAllah, kita tetap tidak lupa akan agenda
utama, iaitu agenda tarbiyyah untuk melahirkan
generasi pewaris, di mana kecemerlangan akademik
hanyalah sebahagian daripadanya. Episod pembentukan
generasi pewaris masih jauh dan panjang.
SMIK
Date: Wed Mar 3, 2004 1:05 am
8A = 2 orang (Mohd Usaid Nasaruddin, Fatimah Sakinah)
7A = 1 orang
6A = 2 orang
5A = 3 orang
4A = 8 orang
______
17
From: ZG
Ada sedikit perubahan keputusan STAM , bagi 6 calon yg
mendapat keputusan RASIB (gagal) telah diberi syarat
oleh Lembaga Peperiksaan , dgn cara pihak M3 membuat
"purata" ke atas keseluruhan m/pelajaran yg ambil oleh
calon tsbt . Jika mendapati purata tsbt "LULUS" maka
secara otomatik keputusan pelajar tsbt berubah kepada
kedudukan "LULUS". Setelah dibuat purata oleh UD & UO
sendiri keputusan tsbt telah berubah menjadi ada yg
mendapat Jayyid Jiddan , Jiddan & Maqbul , hanya
seorang calon shj yg tidak berubah ,status RASIB.
Pihak m3 perlu menjawab secara bertulis utk perubahan
keputusan 6 org calon tsbt kepada Lembaga Peperiksaan.
Org yg cukup gembira adalah UD & UO dgn keputusan
cemerlang STAM tahun ini , beliau sendiri berulang
kali melihat/menyemak naskah keputusan tsbt. Daripada
11 pelajar yg mendpt MUMTAZ , 7 tangga teratas
dimonopoli oleh pelajar dari Cambodia , sbg cth
seorang pelajar tsbt , drpd semua m/pelajaran yg
diambil satu shj dpt Jayyid Jiddan yg lain semuanya
Mumtaz. Bakinya 2 dari Indo & 2 dari M'sia.
SPM : 11 pelajar terbaik N Perlis.
4 pelajar dari SM Kebangsaan dikuasai oleh pelajar
Cina. 5 pelajar melayu terbaik dtg dari Sek Men Agama
termasuk seorg dari M3 (kalau tak silap semua
perempuan). Tiada pelajar melayu dari Sek Men
Kebangsaan yg menjadi pelajar terbaik (11A).
UD sendiri kempen ITD , nampak sambutan tdpt
dikalangan pelajar perempuan . Pelajar lelaki kalau
tanya kebanyakan nak ambil medic ...
Ada pelajar tkt 5 yg bila ditanya , ke mana selepas ni
.... bgmn dgn ITD ? ... beliau jawab ITD adalah
pilihan ke2 terakhir .... ditanya lagi, yg terakhir ?
.... Khassah M3...itulah sedikit gambaran pemikiran
anak2...
Kuliah subuh ringkas pada pagi Ahad , yg dikasihi U
Abd Hadi menegur sebilangan pelajar yg dtg ambil
keputusan dgn watak/luaran yg tidak menyenangkan
(tidak mengambarkan peribadi bekas pelajar
M3)antaranya memakai gelang/benang hitam ditangan ,
berambut panjang dsbnya....anak shbt pun termasuk dlm
golongan ni ...
Banyak juga rungutan dikalangan ust muda kita tentang
penampilan anak2 didik mrk yg dtg semasa ambil
keputusan , dgn gaya ala ......
w/a
Date: Tue Mar 2, 2004 11:05 am
Subject: Re: [media.com] SPM MATRI 2003 : (STAM-update)
Wkmslm wrh wbt,
wslm
BESERI, 29 Februari - Keputusan peperiksan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2003 bagi Ma'ahad Tarbiyah Islamiyah (MATRI) Perlis yang diumumkan semalam menyaksikan Ahmad Mustaqim bin Mohd Sidek dan Fatimah Zanirah bt Nordin mencatat keputusan paling cemerlang bagi sekolah tersebut.
Zanirah yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan, memperolehi 1A dalam 7 matapelajaran dan 2A dalam 4 lagi matapelajaran yang lain. Manakala Mustaqim yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan memperolehi 1A dalam 9 matapelajaran, 2A dalam 3 matapelajaran dan 3B bagi matapelajaran Sejarah. Kedua-dua mereka adalah pelajar aliran Sains Tulin.
Pelajar terbaik dari aliran Sastera ialah Aishah bt Mohd Asri yang memperolehi 1A dalam 5 matapelajaran, 2A dalam 2 matapelajaran, 3B dalam 3 matapelajaran dan 1 matapelajaran memperolehi keputusan 4B.
Keputusan sepenuhnya boleh dilihat di:
1)
KEPUTUSAN PENUH ALIRAN SASTERA
2)
KEPUTUSAN PENUH ALIRAN SAINS
3)
ANALISIS KEPUTUSAN PELAJAR-PELAJAR TERBAIK MATRI SPM 2003
Keputusn lengkap akan disiarkan sehari dua lagi jika pihak Laman Tarbawi berjaya mendapatkan butir-butir terperinci dari pentadbiran MATRI, insya'Allah.
From: ZG
aslmkm wrh wbt,
Keputusan STAM & SPM Matri
STAM
Mumtaz 11 org
SPM
11A - 1 org (anak Dr Nordin Simbak)
Date: Sat Feb 28, 2004 11:49 am
Jayyid Jiddan 12 org
Jayyid 3 org
Rasib 6 org
10A - 2 org
9A - 4 org
8A - 3 org
7A - 2 org
6A - 8 org
5A - 6 org
4A - 10 org
3A - 11 org
2A - 13 org
1A - 8 org